24 August 2007

21 August 2007

Cara-cara menjawab panggilan telefon (tidak digalakkan) :D

1. Pemanggil: Haloo, may I speak to Ina please?
Jawapan: Maap. Sini bukan balai polis.

2. Pemanggil: Haloo, siapa di sana?
Jawapan: Entah. Saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Pemanggil: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap, cakap je ler. Buat ape tanye saya.

4. Pemanggil: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur, ditolak, didarab atau dibahagi je.

5. Pemanggil: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Pemanggil: Haloo Ina, buat ape tu?
Jawapan: Kan saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Pemanggil: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak boleh dihubungi. Talian sedang dalam proses untuk di putus... tima kaceh.

8. Pemanggil: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. Saya sibuk. Maap.
Tut....Tut....Tut....

9. Pemanggil: Halloo......
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

10. Pemanggil: Haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. Kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: Assalammualaikum...
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

eKa says;

Klu aku yg PA ni jawab call cam tu, sok lusa mesti kena buang keje...wakaka!!!

20 August 2007

Jika Bosan Dengan Kehidupan

Seorang pemuda datang mengunjungi gurunya lalu mengatakan,
"Guru, saya sudah bosan hidup. Sudah jenuh betul. Rumahtangga saya
porak peranda. Usaha saya tak menjadi. Apapun yang saya lakukan
selalu berantakan. Saya ingin mati."
Guru dengan tersenyum berkata, "Oh, kamu sakit."
"Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya jenuh dengan
kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati."
Seolah-olah tidak mendengar pembelaannya, Guru meneruskan,
"Kamu sakit. Dan penyakitmu itu sebutannya, 'Alergik Hidup'. Ya,
kamu alergik terhadap kehidupan."
Banyak sekali di antara kita yang alergik terhadap kehidupan.
Kemudian, tanpa disedari kita melakukan perkara yang bertentangan
dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan
mengalir terus, tetapi kita menginginkan status-quo. Kita berhenti di
tempat, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita
mengundang penyakit. Resistensi kita, penolakan kita untuk ikut
mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit.
Yang namanya usaha, pasti ada pasang surutnya. Dalam perkara
berumahtangga, pertengkaran-pertengkaran kecil itu memang wajar,
lumrah. Persahabatan pun tidak selalu selamanya, tidak abadi. Apakah yang
selamanya, yang abadi dalam hidup ini?
Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan
suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.
"Penyakitmu itu dapat disembuhkan, asal kamu ingin sembuh dan
bersedia mengikuti petunjukku." demikian ujar pak guru.
"Tidak guru, tidak. Saya sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak
ingin hidup." pemuda itu menolak tawaran pak guru.
"Jadi kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati?"
"Ya, memang saya sudah bosan hidup."
"Baik, besok petang kamu akan mati. Ambillah botol obat ini.
Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi di minum esok
jam enam petang dan jam delapan malam kau akan mati dengan
tenang."
Giliran dia menjadi bingung. Setiap guru yang dia datangi selama ini
selalu berupaya untuk memberikannya semangat untuk hidup. Yang
satu ini aneh. Ia bahkan menawarkan racun. Tetapi, kerana dia
memang sudah betul-betul jenuh, dia menerimanya dengan senang
hati. Pulang kerumah, dia langsung menghabiskan setengah botol
racun yang disebut "obat" oleh guru tadi. Dan, dia merasakan
ketenangan sebagaimana tidak pernah dia rasakan sebelumnya.
Begitu rileks, begitu tenang! Tinggal 1 malam, 1 hari, dan dia akan
mati. Dia akan bebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia
memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di sebuah restoran.
Sesuatu yang sudah tidak pernah dia lakukan sejak beberapa tahun
kebelakangan ini.
Oleh kerana ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah
kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya
amat mendamaikan! Sebelum tidur, dia mengucup bibir isterinya dan
membisik di telinganya, "Sayang, aku mencintaimu."
Kerana malam ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan
sebuah kenangan manis!
Esoknya; bangun tidur dia membuka jendela bilik dan melihat ke luar.
Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk
melakukan jalan pagi. Pulang kerumah setengah jam kemudian, dia
menemukan isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia
masuk ke dapur dan membuat 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu
lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin
meninggalkan kenangan sebuah manis!
Isterinya yang merasakan sesuatu kelainan, berkata dalam hati
"Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku, sayang."
Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap
orang. Pekerjanya menjadi bingung, "Hari ini, Boss kita ganjil ya?"
Dan sikap mereka pun langsung berubah. Mereka pun menjadi lembut.
Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah
kenangan manis!
Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah
dan lebih toleran, bahkan apresiatif terhadap pendapat-pendapat
yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mula menikmatinya.
Pulang kerumah jam 5 petang, dia menemukan isteri tercinta
menungguinya di beranda depan. Kali ini justeru isteri yang
memberikan ciuman kepadanya sambil berkata,
"Abang, sekali lagi saya minta maaf, kalau selama ini saya selalu
menyusahkan abang."
Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua.
Selama ini, ayah selalu stress kerana perilaku kami."
Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali.
Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah.
Dia membatalkan niatnya untuk membunuh diri.
Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum, petang semalam?
Dia pergi bertemu dengan gurunya lagi.
Apabila melihat raut wajah pemuda itu, rupanya guru langsung
mengetahui apa yang telah terjadi,
"Buang sahaja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila
kau hidup dalam kekinian, apabila kau hidup dengan kesedaran
bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila sahaja, maka kau akan
menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu,
kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah
bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh, tidak akan bosan.
Kau akan merasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci
kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan."
Dia mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan guru, lalu
pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya.
Konon, dia masih mengalir terus.
Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia
selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP!
Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi
merupakan suatu anugerah untuk dinikmati
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu,
Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu,
dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

eKa says;

The happiest of people don't necessarily have the best of everything they just make the most of everything that comes along their way. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

16 August 2007

Amalan-amalan sunat di bulan Syaaban

Syaaban ertinya berserak-serak. Ketika ini masyarakat arab pada zaman dahulu akan berserak-serak mencari air di dalam bulan ini kerana pada bulan ini daerah mereka akan mengalami alam kekeringan yakni kekurangan air. Pada bulan ini terjadinya NISFU SYAABAN di mana Alalh akan menurunkan rahmatNya pada hamba-hambaNya dengan membuka 300 pintu rahmat. Setiap amalan akan diangkat
pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w. bersabda "Lakukanlah amalan yang mampu oleh kamu kerana sesungguhnya Allah tidak pernah jemu sehingga kamu sendiri yang berasa jemu.? (Hadis HR. Bukhari)

KELEBIHAN BERPUASA DI DALAM BULAN SYAABAN;-

1) Sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam bulan Syaaban akan diampunkan dosanya.
2) Mereka yang berpuasa pada hari khamis pertama dan khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan ke dalam syurga
3) Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk Syurga.
4) Mereka yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban dan berselawat ke atas nabi S.A.W. sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.
5) Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebelum Syaaban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul maut, terlepas dari seksa kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari kiamat dan diwajibkan baginya syurga.

AMALAN-AMALAN MULIA YANG PATUT DIKERJAKAN DI BULAN
SYAABAN

1) Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban selepas solat Isyak ataupun bersama solat sunat Qiamullail. (15hb Syaaban)
2) Perbanyakkan istighfar, berselawat pada nabi dan berzikir serta bertasbih sepanjang bulan Syaaban.
3) Perbanyakkan sedekah atau zakat pada golongan yang tidak bernasib baik bagi memberi mereka kekuatan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
4) Amalkan membaca Al-quran bersungguh-sungguh di awal bulan Syaaban.

Ya Allah, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Allah kami,
perkenankan doaku.

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu?
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (Al-Quran) dan dirirkanlah solat.
Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya
mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain.) Dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan.

eKa says;

Artikel sempena bulan Syaaban - Rugi rasanya kalau kita melepaskan peluang beribadat terutamanya berpuasa dalam bulan Syaaban ni. Lihat sajelah pada ganjaran2 yg dijanjikan oleh Allah terutamanya ganjaran bagi orang2 yang berpuasa tu. Aku pun tengah berusaha untuk merebut ganjaran2 tu. Insya Allah, x dapat banyak sedikit pun akan aku usahakan.

15 August 2007

Cara Membuat Roomate/Housemate Anda Bengang

Bengang dengan roommate/housemate? Tak tahu apa nak buat? Get ready for the payback time...


1. Setiap kali roommate/housemate kau balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah belah dah skrg"

2. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik/rumah tu. Kalau bilik kau kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan kau. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak- dah merebak"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik/rumah dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate/housemate kau sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi"...

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate/housemate kau balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Booleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate/housemate kau "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap kau dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate/housemate kau balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate/housemate kau bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate/housemate kau suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw kau perlu ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate/housemate kau hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate/housemate kau.

14. Bila roommate/housemate kau tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate/housemate kau dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam kau tengah tengok wayang.

16. Masa roommate/housemate kau tiada, ambil deodoran dia/kau. Lepas tu sapukan pada seluruh dinding bilik/rumah. Bila dia balik, puji bahawa bilik/rumah berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate/housemate kau ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate/housemate kau sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur

eKa says;

Teringin nak wat kat salah seorang housemate merangkap tuan rumah aku. Agak2 kena halau x dari umah :D

14 August 2007

Jangan Melakukan Dosa-Dosa Ini

Kami berpesan pada diri kami dan pada tuan-tuan jangan sekali-sekali melakukan dosa-dosa dibawah ini. Jika terlanjur cepat-cepat bertaubat sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Semuga taubat kita diterima oleh Allah. Amin...

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara.

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melalukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin,Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.


Amin, ya Rabbal A'lamin."

eKa says;

Kadang2 kita x sedar benda2 yang kita anggap remeh-temeh itu sebenarnya mengundang dosa yang besar. Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami yang selama ini lalai menjalankan perintahmu.Amin.

10 August 2007

Bahagian Tubuh Yang Paling Penting

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan. Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan. Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.


eKa says;

Live by people prayers NOT curses

Bila Lelaki Menjadi Dayus???

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah....