28 September 2007

27 September 2007

Ulat di otak akibat makan sushi

Ini akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama org ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoric-nya sejak tahun itu. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktr yang merawatnye menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.

Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!
Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal
dari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan
laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan
dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).





eKa says;

Nasib baik x reti makan sushi. Geli...geli...

25 September 2007

Multifaith doa Selamat (Apa nak jadi ngan org Islam zaman sekarang ni)






Kesiannya anak Tun M sanggup buat doa selamat utknya menggunakan berbagai kepercayaan, sedangkan terdpt larangan Allah swt dalam Al Quran surah Kulya Ayuhal Kafirun iaitu "Bagi engkau agama engkau dan aku agamaku dan aku tak akan sembah apa yg engkau sembah dan engkau tak akan sembah apa yg aku sembah". Sedihnya multi
religion practices sedang berleluasa dipratikkan di Indonesia & Singapura dan
nampaknya telah sampai pun di Malaysia kini dan semalampun Majlis fatwa pun dah boleh terima masok org yg tak ada agama background sebagai ahlinya. Semuanya kerana Malaysia Boleh.

Surat Jemputan dari Datuk Marina Mahathir,

Dear friends,

You are cordially invited to a multifaith doa selamat on Sunday Sept 9 2007 at 7pm
at Blog House, 66, Lorong Setiabistari 2, Bukit Damansara, KL. Programme:

> 7pm Arrival of guests
> 7.15pm Maghrib prayers led by Imam Feisal Abdul Rauf
> 7.30pm Prayers by each faith to be led by:
Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia Swami
Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers) Mr BS Tan,
Federation of Taoist Associations of Malaysia Buddhist community (TBC)
Sikh community (TBC) Baha'i community (TBC)
> Imam Feisal will end with a doa.
> 8.00pm Dinner
(Times are approximate)

Please do join us if you can. The gathering is to do a thanksgiving to God Almighty for my father's successful operation and continued recovery. It is also an opportunity for us to thank all well-wishers for the kind prayers and support that they have extended to me and my family.

Thank you.

Marina and family

eKa says;

Ni ler salah satu contoh umat akhir zaman. Menyamakan Islam dengan agama lain. Dah tak percaya dengan Tuhan sendiri agaknya. Astagfirullahalazim.....

24 September 2007

In Memory Of Adik Nurin Jazlin



This is my 1st time i guess rase emo sesangat psl kes adik nurin jazlin ni (walaupun dia x de kena mengena ngan aku pun). Aku follow story ni dr mula2 lagi starting August 20th, 2007 when she went missing.
Now that Nurin Jazlin was confirmed dead on Friday, 21st September 2007. Aku x tau psl ape tp aku jadik sensitif sgt bila benda ni melibatkan budak2. Umur lapan tahun pulak tu. Like evryone else, I am also sad and angry at what happened to Nurin. I cannot imagine what pain she has been through the past one month she was with that horrible beast.

Nurin Jazlin darling, rest in peace .. u're safe now.. no one can ever hurt u again..The killer will be punished, if not here, in hereafter.

To Nurin Jazlin's family, deepest condolence from me..

20 September 2007

Lagi Islam Dipersendakan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Thanx to K Farah yg email kan pic ni.

eKa says;

Cam haram kafir laknatullah ni. Macam2 cara diorang nak mempermain2kan agama Islam. Kang kena bom karang...

19 September 2007

Kesilapan Kerap Muslim di bulan Ramadhan

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih .

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.


5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih .

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur .

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)


11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat .

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

eKa says;

Ramai dari pada kita yang berpuasa tp x mendapat apa-apa kecuali letih, lapar & haus. So, sama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ni.

18 September 2007

Flipflop made in China, DANGEROUS













eKa says;

Chinese flip flop: so cheap, so dangerous...
X tau ade kat m'sia ke x. Maybe adeler tu. Klu x takkan diorang kecoh2

13 September 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak



frend........
Selamat tinggal kengkawan...jangan sedih..aku cuti sebulan jer...
sepeninggalan aku pandai-pandailah bawak diri ..ikutlah nafsu seperti yang aku tarbiyah selama ni.


Pesanan aku : Selamat menyambut Ramadan...makanlah banyak-banyak bila berbuka, rokok jangan tinggal, mengumpatlah banyak-banyak nanti mulut takde kerja pulak, janganlah banyak baca Quran & berzikir dan sembahyang tarawih nanti jadi orang alim susah nak berkawan dengan aku balik...lain-lain hal sendiri mahu ingat.
Jumpa lagi di bulan Syawal..
Maaf Zahir Batin..
Hii..hi....hi..

your bez fren, alwayz,

-Satan-

eKa says;

Setan betul syaitan ni....

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Di sini saya ingin memohon ampun & maaf pada semua jika ada salah silap saya sama ada yg sengaja atau tidak sengaja. Bersama-sama kita merebut pahala yang berganda di bulan Ramadhan Al Mubarak ini.

Semoga Bergembira Menyambut Ramadhan.

07 September 2007

Fakta nama 'Mosque'

Kesilapan terjemahan mosque......

MASJID PLZZZ...NOT MOSQUE...!!!

Sila baca tulisan ini dan sebarkan ke
beberapa muslim sebanyak yang anda bisa.
Ini
adalah informasi yang sangat amat penting.

Muslim seharusnya tidak lagi menggunakan
kata "Mosque".
Suatu hari, saya membaca buku berjudul

"THE COMPLETE IDIOT'S GUIDE TO
UNDERSTANDING ISLAM"
("PETUNJUK IDIOT YANG LENGKAP UNTUK
MENGERTI ISLAM)

*) IGOEN ; "I've checked this book in yahoo
search, and it's true it's there"

dan buku itu berisi fakta-fakta yang lucu.Salah
satunya adalah mengenai kata "Mosque."
Banyak
dari kita yang berfikir bahwa ini adalah
terjemahan
bahasa Inggris untuk Masjid.Saya yakin tak
ada
seorangpun dari kita yang mengetahui
bagaimana
kata ini ada dan kemudian mempunyai
kemiripan
suara dengan 'Masjid'. Kita masih sangat
muda
ketika kita berfikir bahwa ini hanyalah sebuah
kata
dalam Bahasa Inggris. Saat itu kita belum
berfikir
kritis dan analitis,jadi tak ada keberanian
untuk
menanyakannya kepada guru,benarkah ?)

Bagaimanapun, buku ini menunjukkan
bahwa
kata 'Mosque' diperoleh dari kata dalam
bahasa
Spanyol, yaitu "Mosquito" ("Nyamuk").
Dinamakan
seperti itu karena saat Perang Salib terjadi,
Raja
Ferdinand berkata bahwa mereka akan
berangkat
dan membasmi Muslim "like
mosquitoes"( "seperti
nyamuk-nyamuk" ). (Dimana lagi mereka
dapat
temukan muslim dalam jumlah yang cukup
besar
untuk dibasmi jika bukan di Masjid?). Lalu
tanpa
rasa sungkan mereka menyebut "Masjid"
sebagai "Mosque". Jadi saudara-saudara
seiman,
hindarilah penggunaan kata yang dengan
jelas
menunjukkan tamparan kemuka ke wajah
umat.

Beritahukanlah saudara-saudara kita tentang
sejarah dan etimologi (ilmu asal kata)tentang
kata
ini.Dan marilah kita ganti kata itu dengan kata
yang memiliki makna yang seharusnya :
Masjid!
Tempat un! tuk Bersujud!!
Bukan Mosque: tempat pembasmian!

Jika ada diantara saudara-saudara yang
masih
ragu tentang hal ini,silahkan mencari buku
tersebut dan kemudian membacanya

wasallam...

eKa says;

Astagfirullahalazim...macam-macam helah kafir laknatullah ni guna untuk memesongkan akidah umat islam.