30 September 2009

Top reasons why ladies today are still SINGLE!!!

1. The nice men are UGLY

2. The handsome men are not nice.

3. The handsome and nice men are GAY .

4. The handsome, nice and heterosexual men are MARRIED.

5. The men who are not so handsome, but are nice men, HAVE NO MONEY.

6. The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money.

7. The handsome men without money are aftering OUR MONEY.

8. The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, don't think we are beautiful enough.

9. The men who think we are beautiful, that are heterosexual,
somewhat nice and have money, are COWARDS.

10. The men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, are SHY and NEVER MAKE THE FIRST MOVE!!!!

11. The men who never make the first move, automatically lose
interest in us when we take the initiative.

NOW, WHO THE HELL UNDERSTANDS MEN?

15 September 2009

Islam kini

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk
menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih
kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak
Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan meninggalkan jemaah.... Macammana?
Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman...

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki tersebut hanya membawa mesin-gun.. mereka tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Tu pun bila time Sembahyang Jumaat, tunjuk muka kat org kampung. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje, bile time sembahyang raya"

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar dan internet daripada apa yang tercatit dIdalam Al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

14 September 2009

Al Quran bukan untuk hiasan

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk
kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan
hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang
pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil
dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam
baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli
keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai
buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang
sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim...
Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara
gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak
lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap
sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku
kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah
dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang
lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki
yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki
itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Munkar dan
Nankir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,
di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

11 September 2009

Perfume Dari Jenama Luar Negara

Setakat mana kebenarannya. .. wallahhualam. . Hampir setahun yg lalu, apabila saya mendapat maklumat ini saya merasakan ujian Allah yang datang pd saya umpama batu besar yg perlu dipikul sehinggalah sampai ke destinasi yang saya sendiri tak tahu. Pendek kata jika maklumat ini tidak disampaikan, selama itulah bebanan ke atas diri saya memikul' batu besar' itu akan terus menerus saya pikul. Saya manusia yg begitu lemah iman, tidak mampu menegah dgn perbuatan serta pertuturan. Hanya doa yg termampu dilakukan. Namun saya masih tak gembira dgn sikap saya krn tidak berusaha bersungguh mencegahnya.

Maka, saya rasa sekarang Allah berikan saya lorong pertuturan mengajak rakan-rakan yang dirahmati Allah meninggalkan sesuatu yg selama ini kita jahil mengenainya. .. Ceritanya begini... Sewaktu mengikuti rombongan Puspanita ke Indonesia bersama kumpulan isteri-isteri orang kenamaan termasuklah Puan Seri dan beberapa orang Datin, kami transit di Singapura dlm perjln balik, sewaktu di duty free shop sambil berjalan bersama seorang Datin, kami melalui kedai perfume. Ramai ahli-ahli biasa Puspanita dan lain-lain Datin serta Puan Seri singgah dan mencuba berbagai jenis perfume yg ada. Memang agak lumrah perkara ini berlaku dan ia bukan setakat di kalangan wanita malahan kaum lelaki juga. Tiba-tiba seorang Datin bersuara kpd kumpulan pembeli perfume ini... "dengar ni nak cerita" katanya.

"Dulu saya suka pakai minyak-minyak wangi begini dan buat koleksi hampir semua jenis jenama perfume buatan luar negara. Satu hari saya ikut Datuk melawat Europe dan kami dibawa ke kilang membuat minyak wangi. Dalam kilang yang begitu besar itu, bermacam-macam jenama minyak wangi dipersembahkan kpd rombongan kami dgn harga kilang yg jauh lebih murah berbanding dgn harga di pasaran. Sampai pd satu peringkat pembuatan, kami melalui kawasan di mana terdapat tangki-tangki besar berisi bendalir putih yg dicampurkan ke hasil akhir iaitu minyak wangi tadi. Saya pun tanyalah pekerja kilang itu apa bendalir putih tu dan untuk apa kegunaannya? " Jawapnya.. "Oooh! That's lard, and it helps the smell stays longer". Datin itu bertanya lagi dalam nada terkejut, "you mean you add lard in all types of perfume?" "Oh yes! Or else the odour will not last." Cukup setakat itu cerita saya ! kpd sahabat sekelian. Dipendekkan cerita, Saya menyeru kpd rakan2 Muslim sekelian, bhw semua jenama pewangi import ada mengandungi minyak babi. Marilah kita semua berhenti dari menggunakan barangan tersebut.

Ramai rakan-rakan kita yg mengunjungi tanah suci Makkah dan Madinah dan di sana banyak terdapat minyak wangi yg tak dicampurkan dgn bahan dari babi. Di negara Egypt yg merupakan negara pengeluar minyak wangi terbesar dari kalangan negara-negara Islam, bermacam2 perfume boleh didapati dan barang tersebut juga boleh diperolehi di Malaysia . Kita hanya perlu bertanya negara asal pembuat perfume itu. Ujian Allah ada kalanya begitu ringan dan mudah.... berhentilah menggunakan minyak wangi jenama Barat... itu sahaja. Namun ia memerlukan kekuatan iman yg jati utk mengubah diri kita ke arah keredhaan Allah.Selama ni kita ingat pada minyak yang beralkohol sja yang haram...jangan le kerana nak berbangga dengan jenama barat kita simpan kat rumah buat hiasan ..... sedangkan mengandungi benda2 haram .....macam simpan arak atau anjing dalam rumah le agaknya tanya ..le pada ustaz2.....apa hukumnya...

Wallahu'alam.

Feedback dr story di atas:

From: Musalmah Ali

Assalamualaikum, Saya ingin memperkukuhkan maklumat yang sahih tentang persoalan perfume yang saya sendiri selidiki secara kebetulan. Semasa saya mengikuti pengajian di Kalamazoo , U.S. saya terbaca dalam satu encyclopedia yang mengandungi maklumat tentang perfume dan proses pembuatannya. Alangkah terperanjatnya saya apabila mengetahui bahawa balang besar yang digunakan untuk memerapkan minyak disaluti dengan lard (lemak babi) bagi tujuan memastikan bau perfume itu tahan lebih lama. Saya terus mencari maklumat tentang perfume dalam hampir all the encyclopedias that I could get hold of at the Waldo Library in Kalamazoo .

Kesemua encyclopedia yang telah saya baca memberi maklumat yang sama. Semenjak itu saya tidak pernah membeli perfume dari barat. Setiap kali saya ke tanah suci saya membeli berbotol-botol minyak wangi seribu bunga. Saya juga pesan keluarga atau rakan yang ke tanah suci untuk membelikannya.

Sehubungan dengan perkara perfume, para penceramah ada menyentuh soal pemakaian minyak wangi dan lazimnya isu yang ditimbulkan adalah soal haram/halal memakainya. Sedikitpun tidak disentuh tentang halal/haram minyak wangi itu sendiri. Di satu ceramah yang saya hadiri semasa di PTSL, walaupun penceramah yang hadir seorang yang terkenal, saya beranikan diri untuk mendedahkan bahawa persoalan tentang perfume yang lebih serius adalah soal kesucian bahan itu sendiri.

Penceramah tersebut terkejut tetapi beliau turut setuju dengan bukti yang telah diberi dan menyeru semua yang hadir supaya elakkan daripada memakai minyak wangi buatan barat.


eka says;

Sekarang dh bnyk perfume yg halal & suci. Boleh pakai buat sembahyang lagi cthnye one drop perfumed. So, silala dapatkan di kedai2 berhampiran :D

04 September 2009

Ringan-ringan sebelum kawin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respon : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah..

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat..

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?.
Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)"

Sekian

02 September 2009

Shocking news circulated in China

A town in Canton is now on trend taking baby herbal soup to increase health and sexual performance/stamina.. The cost in China currency = $4000. A factory managerwas interviewed and he testified that it is effective because he is a frequent customer.It is a delicacy whereby expensive herbs are added to boil the baby with chicken meat for 8 hours boiling/steaming.

He pointed to his second wife next to him, who is 19 (he is 62), and testified that they have sex everyday. After waiting for a co uple of weeks, he took this reporter to the restaurant when he was informed by restaurant Manager that the spare rib soup
local code for baby soup) was now available.

This time, it was a couple who have 2 daughters and this 3rd one was confirmed to be
a daughter again. So the couple aborted the baby which was 5 months old. Those babies
close to be born and die naturally costs 2000 in China currency. Those aborted ones cost a few hundreds in China Currency. Those couples who did not want to sell dead babies,placentas can be accepted also for couple of hundreds.

The reporter making comment that is this the problem arise from Chinese being taking
too much attention in health or is the backfire when China introduced one child in a
family policy (since majority prefers to have male babies and those poorer families
need ended up selling their female babies.)

This is so gross but at least we all know what is happening in this world.












eka says;

This is so sick!

01 September 2009

Di sebalik tarian poco-poco

Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNYA.
Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tentang tarian poco2 yang
sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya
masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
kerajaan ketika menghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco2 ini berasal dari Filipina bukannya dari
Indonesia.Ia ditarikan oleh masyarakat yg beragama kristian ketika mereka
menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja
bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan
kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu
apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama
maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga
yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma
tarian poco2 ini belum difatwakan haram lagi.
Marilah kita sama2 fikirkan."

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci
tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat
islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak
berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
WALLAHUALAM...


Eka says;

Fikir-fikirkan