31 March 2010

Small Prayer Before Entering Office

Dear God
Give me the wisdom
To understand my boss

Give me the love
To forgive her

Give me the patience
To understand her deeds

But Dearest God
Don't give me the power
If u did
I'll break her head

15 March 2010

Bos Power


Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani
besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai +
pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani
tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg
malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat
tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja
tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras
"Dalam RM800" pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800, BERAMBUS DARI SINI. KALAU NAK MALAS2 PEGI
TEMPAT LAIN"
Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape
malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum
bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg
pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".


eka says;

bongok seh...

09 March 2010

Fakta atau Auta


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet..

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

08 March 2010

Selamat Hari Wanita

The willingness to listen , the patience to understand,the strength to support, the heart to care & just to be there ...

You can feel her INNOCENCE in form of a Daughter
You can feel her CARE in form of a Sister
You can feel her WARMTH in form of a Friend
You can feel her PASSION in form of a Beloved
You can feel her DEDICATION in form of a Wife
You can feel her DIVINITY in form of a Mother
You can feel her BLESSINGS in form of Grandmother

Yet she is so TOUGH
Her heart is so TENDER
So NAUGHTY
So SHARING
So MELODIOUS


eka says;

She is a WOMAN...she is LIFE.....

05 March 2010

Roti: Antara Bahaya dan Keperluan

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau P ina ng dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan..

Gardenia

Sebagai contoh Gardenia Orig ina l Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).

Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.

High 5

Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.

Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.

Roman Meal

Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya

Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau P ina ng , dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.

Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.

The Four Lea ves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau P ina ng adalah 1.9 kali lebih tinggi.

Rangkaian Makanan Segera

Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kedai Roti Tempatan

Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau P ina ng yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. Untuk hasil sepenuhnya, lihat jadual.

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam b ina tang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

Tiada Penguatkuasaan

Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya..

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.

Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?
• Tepung Beracun
• Pelembut Doh
• Sisa Racun Makhluk Perosak
• Logam Berat
• Pemutih
• Pengemulsi
• Rambut Manusia (L-cysteine)
• Agen Pengurang
• Pengawet
• Terlalu Banyak Garam
• Lemak Trans
• Terlalu Banyak Yis
• Enzim Ubah Suai Genetik
• Yis Ubah Suai Genetik

Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia , roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai “bantuan membakar”).

Roti hari ini juga menjadi semakin lembut – mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi.

Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.

“Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti.” (Akhbar British The Independent, dalam artikel, “The Shocking Truth About Bread,” 29 Ogos 2006).
Berikut adalah maklumat terkini kompilasi fakta penting mengenai roti.

1. Terlalu Banyak Bahan Penambah


Roti yang dijual hari ini terlalu banyak bahan kimia dengan bahan penambah (contohnya roti putih, merupakan salah satu bahan makanan yang paling tercemar dengan bahan kimia yang boleh diperolehi hari ini.)

Bahan penambah adalah bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan sama ada secara langsung atau tidak langsung sewaktu pemprosesan, penyimpanan atau pembungkusan. Ia membantu untuk memperbaiki jangka hayat penyimpanan roti, nilai pemakanan atau perisa.
Bagaimanapun, bahan penambah bukanlah khasiat pemakanan semula jadi untuk manusia. Malah ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya ammonium klorida, salah satu bahan kimia yang ditemui dalam beberapa roti yang dipertingkatkan, mengurangkan keasidan air kencing dan perlu dielakkan oleh mereka yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang.

Kalium bromat, bahan penambah biasa yang digunakan dalam roti untuk meningkatkan jumlah, dan untuk menghasilkan roti dengan struktur serbuk halus, juga boleh menjadi toksik kepada sesetengah orang. Bromat sendiri boleh menyebabkan kanser pada b ina tang dan kebanyakan bromat dengan cepat berpecah kepada bentuk bromida berbahaya.

Bromat telah diharamkan di seluruh dunia kecuali di Jepun dan Amerika Syarikat. Di California, tanda amaran kanser diperlukan pada label jika bromat terdapat dalam roti..

Apa Lagi Dalam Roti Anda?

Pemutih: Tepung yang dikisar mempunyai kesan kekuningan dan kualitinya tidak baik. Sewaktu penyimpanan, warnanya menjadi putih dan kualitinya berubah dengan perlahan. Sesetengah pelembut doh digunakan untuk mempercepatkan proses ini. Pemutih juga turut digunakan sebagai ganti tepung yang lama. Contohnya benzoyl peroxide dan gas klorin dioksida digunakan untuk memutihkan tepung.

Pelembut Doh: Pembuat roti komersial sering menggunakan bahan penambah seperti pelembut doh untuk memperbaiki tekstur, penampilan dan hayat simpanan roti. Sesetengah pelembut ditambah sewaktu di kilang tepung, manakala yang lainnya ditambah di tempat membuat roti.
Pelembut doh paling biasa digunakan ialah sodium stearoyl 2 lactylate, calcium stearoyl lactate, malt barli, ethoxylated dan succinylated monoglycerides dan polysorbate 60.
Bahan penambah ini menguatkan gluten (bahagian protein gandum) dan kanji (karbohidrat kompleks) dalam doh. Ini mencegah campuran berlebihan doh roti yang dengan mudah boleh berlaku apabila sejumlah besar doh dibuat dalam satu masa.

Campuran doh yang berlebihan akan naik secara tidak tetap, bentuk yang tidak sempurna, roti yang tebal. Penambahan pelembut doh membantu untuk memastikan bentuk bulat dan ringan.

Sesetengah pelembut doh yang dipanggil “agen pengoksidaan” (contohnya bromat, asid askorbik dan azodicarbonamide) menyebabkan perubahan kimia dalam protein, menghasilkan gluten yang lebih kuat yang membantu roti mengekalkan strukturnya selepas pembakaran. Agen pengoksidaan memberikan produk yang dibakar lebih jumlahnya, lembut teksturnya, bijirin yang lebih halus dan serbuk halus.

Sesetengah pelembut doh mempunyai lebih daripada satu peranan. Contohnya Stearoyl-2-lactylat e, melembutkan serbuk dan menguatkan doh. Monoglycerides adalah pelembut doh yang mengekalkan kelembutan roti sepanjang masa dan menolong mencegah hapak.
Enzim tertentu juga berfungsi sebagai pelembut doh. Lipoxygenase membantu memutihkan roti dengan pengoksidaan asid lemak. Protease enzymes diperolehi daripada kulat, menjadikan doh roti lebih mudah dibentuk dan alpha-amylase membantu penapaian doh roti.

Pengemulsi: Digunakan dengan meluas dalam penambahbaikan roti untuk mengawal saiz buih gas, pengemulsi membolehkan doh memerangkap lebih banyak gas dan oleh sebab itu mengembang dengan lebih besar dan menjadikan serbuk lebih lembut. Pengemulsi juga mengurangkan kadar roti menjadi hapak. Beberapa contoh adalah

Agen Pengurang: Digunakan sebagai L-cysteine hydrochloride (E920), cysteine adalah asid amino yang berlaku secara semula jadi dalam membuat roti untuk menghasilkan doh terutama sekali untuk ban burger dan roti Perancis. Ia mungkin diperolehi daripada bulu b ina tang dan juga rambut manusia.

Bahan Pengawet: Dua bahan pengawet yang digunakan dengan meluas dalam tepung ialah kalsium propionat dan cuka (asid asetik). Bahan pengawet hanya perlu untuk memanjangkan hayat simpanannya.

2 Terlalu Banyak Garam


Tahukah anda bahawa di United Kingdom , kerajaan mengklasifikasikan roti yang dihasilkan oleh industri sebagai makanan yang mempunyai banyak garam? Ini kerana terlalu banyak garam ditambah sebagai pengawet dan penambah perisa dalam roti.

Natrium adalah salah satu galian penting untuk mengawal keseimbangan cecair dalam tubuh kita. Air masuk dan keluar daripada sel kita untuk mengimbangi jumlah natrium dalam darah. Bagaimanapun kebanyakan daripada kita mengambil garam yang cukup setiap hari untuk menyediakan lebih daripada 10 kali jumlah natrium yang mereka perlukan.

Terlalu banyak natrium boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi dan memberi tekanan pada jantung. Memakan tiga kali lebih natrium berbanding pengambilan harian maksimum 2,400 mg yang disarankan untuk rakyat Amerika boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan serangan jantung dan strok, malah bagi mereka yang tidak sensitif kepada natrium.

3 Lemak Trans Tersembunyi


Roti yang dihasilkan oleh industri menggunakan lemak hidrogenan, lemak keras yang berfungsi bersama dengan gluten (protein yang ditemui dalam tepung, yang terbentuk semasa membuat roti) untuk menghasilkan doh yang keras yang akan naik dengan cepat dan mengekalkan strukturnya sewaktu membakar dan menyejukkan roti.

Lemak hidrogenan adalah lemak keras. Lemak keras ini memperbaiki isipadu roti, kelembutan serbuk dan membantu kekal lama, jadi ia sesuai untuk proses membuat roti secara industri.

Lemak hidrogenan juga mengandungi lemak trans, jauh lebih buruk daripada lemak tepu. (Lemak trans terbentuk sewaktu penghidrogenan minyak sayuran - proses komersial digunakan untuk mengeraskan minyak untuk penghasilan lemak seperti lelemak dan marjerin keras. Hasil daripada proses ini minyak menjadi separa keras, lebih stabil pada suhu bilik tetapi lebih tepu).
Lemak trans menyebabkan:
• Kolesterol HDL (baik) rendah dan meningkatkan kolesterol LDL (buruk).
• Arteri tersumbat.
• Penentangan insulin (mengurangkan sensitiviti pada tisu tubuh kepada tindakan insulin, yang perlu untuk membawa glukosa ke dalam tisu untuk digunakan sebagai sumber tenaga).. (Penentangan insulin dikaitkan dengan kegemukan, hati berlemak, diabetes jenis 2, penyakit jantung, penyakit ovari polisista, dan kecacatan pembesaran);
• Menyebabkan atau menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung.

4. Penggunaan Yis Berlebihan

Roti biasanya dibuat dengan hanya empat ramuan – tepung, air, garam dan ragi atau yis. Malah yis tidak diperlukan dengan doh masam atau bahan penaik semula jadi.
Roti keluaran industri menggunakan 2 – 3 kali jumlah yis biasa berbanding roti yang dibuat secara tradisional. Ini menghasilkan sejumlah besar gas dan dalam proses itu ia menjadi roti span. Sejumlah besar yis di dalam roti yang dimakan dikatakan menjadi punca bagi pertumbuhan yis yang tidak bertoleransi, radang usus dan candida albicans dalam beberapa dekad yang lalu.

Yis diubah suai secara genetik:

Satu lagi kebimbangan terhadap yis di dalam roti ialah kita mungkin tidak mengetahui sama ada yis yang digunakan diubah suai secara genetik. Satu jenis yis yang diubah suai secara genetik ialah yis yang menggunakan pelbagai jenis gula. Pada masa kini, dua yis sedemikian boleh didapati – satu menaikkan roti lebih cepat. (Satu lagi ialah bagi menghasilkan bir yang kurang karbohidrat, iaitu kurang kalori..)
Kejuruteraan genetik, atau bioteknologi, adalah satu teknologi baru yang menakutkan yang membolehkan para saintis mengubah DNA atau genetik daripada organisma hidup – dalam perkataan lain, mengubah blueprint keturunan organisma. Ia adalah sains kabur kerana pemahaman saintifik tentang cara gen berfungsi dalam organisma masih di peringkat awal. Tiada siapa yang mengetahui kesan jangka panjang yang mungkin timbul dan risiko terhadap kesihatan manusia akibat pengambilan makanan sedemikian, tidak seperti pengetahuan kita yang lebih lengkap mengenai makanan asli yang terdapat dalam diet kita sejak beribu tahun lalu.

Terdapat kebuimbangan bahawa makanan yang diubah boleh menyebabkan seseorang itu mudah mengalami alahan terhadap makanan yang dahulunya mereka boleh makan dengan selamat.

Dalam satu ujikaji untuk menghasilkan yis dengan kadar metabolik yang lebih tinggi (sebagai contoh, untuk mempercepat penapaian dalam membuat roti atau bir) gen tambahan yang terbabit dalam memetabolisme glukosa dimasukkan ke dalam yis. Kemudiannya penyelidik melaporkan yis juga mula mengumpulkan toksik dan kepekatan mutagenik (boleh menyebabkan perubahan, atau mutasi, pada paras kromosom atau gen) bahan yang d ina makan methylglyoxai.

5. Enzim Meragukan


Enzim ialah satu protein yang mempercepat tindak balas metabolik, dan ia diperolehi daripada sumber tumbuhan, b ina tang, kulat dan bakteria. Sebagai contoh, Chymosin, adalah enzim yang digunakan untuk mendadih susu bagi menghasilkan keju. Ia diperolehi sama ada daripada renet perut anak lembu atau disintesis melalui kejuruteraan genetik.

Enzim adalah rahsia besar pembakaran moden... Malah, seluruh enzim digunakan dalam pembakaran. Namun ia d ina makan “bantuan pemprosesan,” yang tidak perlu dinyatakan pada label produk. Tidak hairanlah, kebanyakan orang tidak mengetahui yang roti mereka mengandungi enzim tambahan.

Pengeluar telah menghasilkan enzim dengan dua objektif utama: untuk membuat doh yang mengandungi lebih banyak gas (yang menjadikan roti lebih ringan) dan menjadikan roti lebih lembut dalam tempoh yang panjang selepas pembakaran.

Kebanyakan enzim kilang roti diperolehi daripada bahan yang bukan merupakan sebahagian daripada diet manusia biasa. Sungguhpun enzim sedemikian dari segi kimia adalah sama seperti yang terdapat secara asli di dalam tepung atau doh roti, ia dicampurkan dalam jumlah yang banyak berbanding dalam roti biasa.

Kini keselamatan enzim yang digunakan kilang roti telah dicabar secara radikal melalui penemuan bahawa enzim transglutam ina se, digunakan untuk menjadikan doh bersifat lebih meregang dalam croissant dan sesetengah roti, boleh menukar sebahagian daripada protein gandum beracun pada orang yang mengalami keadaan tidak tahan terhadap gluten.

Perkembangan ini adalah penting kerana ia menunjukkan enzim yang ditambah pada doh roti mungkin menimbulkan kesan yang tidak diingini dan merosakkan. Enzim boleh menjadi bahan yang menyebabkan alergi (alergen). Enzim juga mungkin tidak berbahaya dengan sendirinya, tetapi mungkin digunakan untuk menghasilkan produk yang tidak diingini. (Sumber: “The Shocking Truth About Bread,” The Independent, 29 Ogos 2006).

Enzim diubah suai secara genetik:

Enzim untuk kegunaan sebagai bantuan pembakaran boleh dihasilkan secara tidak asli melalui pengubahsuaian genetik atau bioteknologi. Pereka enzim ini telah menambah sifat yang menguntungkan pengeluar makanan. Sebagai contoh, dengan menambah enzim yang diperolehi secara bioteknologi, seperti maltogenic amylase, ke dalam tepung, pengeluar boleh menjadikan roti tahan lebih lama.

Sebuku roti mula memecah sebaik sahaja ia dikeluarkan dari ketuhar. Kanji di dalam roti hilang kelembapan (yang menyebabkan roti keras dalam masa beberapa hari). Dengan menambah enzim yang diubah secara genetik ke dalam tepung, struktur kanji boleh diubah untuk mengekalkan kelembapan dengan lebih baik.

Enzim yang diubah suai secara genetik tidak dinyatakan pada label, dan kita kurang mengetahui tentang risiko yang berpotensi timbul terhadap kesihatan.

Oleh itu, roti yang dihasilkan secara besar-besaran hari ini merupakan ujikaji besar yang dijalankan ke atas kesihatan kita.

6 Tepung beracun

Tepung segar adalah kurang putih dan mempunyai bau yang kuat. Untuk mengatasi masalah ini, tepung itu dimasukkan gas klorin dioksida semasa dibakar di dalam ketuhar khas. Klorin itu bukan sahaja memutih dan mematang tepung, ia membentuk sebatian seperti asid diklorostearik, yang kekal di dalam tepung itu.

Klorin dioksida memusnahkan Vitamin E, dan bertindak balas dengan protein tertentu untuk membentuk methionine sulfoxide, yang diketahui menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat pada manusia. Jika klorin dioksida tidak digunakan, bahan pemutih seperti benzoil peroksida dan nitrogen peroksida mungkin dicampurkan bersama agen yang mematang seperti kalium bromat, kalium iodat dan azocarbo-namide.

Roti yang diperbuat daripada tepung yang dikisar dengan batu pengisar adalah berat dan mudah mengering serta pecah, ciri-ciri yang tidak diingini dalam roti yang dihasilkan secara komersial hari ini. Pembuat roti komersial tidak dapat mengekalkan kelembapan produk mereka dengan menambah polyoxyethlene monostearate ke dalam tepung, yang mempunyai sifat yang menyerap dan menyimpan air.

Penyimpanan air di dalam tepung menyebabkan roti tahan dan kekal lembut, tetapi bahan kimia ini juga menyebabkan kanser pada tikus makmal.

Ethoxylated mono- dan digliserida juga dicampurkan ke dalam doh untuk menghasilkan kelembutan yang diingini pada roti.

Kadangkala agen rawatan tepung juga digunakan. Asid L-ascorbic (E300) boleh dicampurkan ke dalam tepung oleh pengilang, atau pada peringkat pembakaran. Ia bertindak sebagai pengoksida, yang membantu menyimpan gas di dalam doh, yang menjadikan roti naik dan memberi gambaran nilai palsu.

Di AS sahaja, terdapat kira-kira 60 bahan kimia yang diluluskan penggunaannya dalam menghasilkan tepung dan roti. Walaupun tidak ada pengeluar menggunakan kesemua 60 bahan penambah itu, 8 atau lebih adalah lazim digunakan.

Fakta mengenai tepung:

Dahulunya tepung dihasilkan melalui penghancuran bijirin dengan menggunakan penggelek batu (stone roller). Penggelek batu biasanya digerakkan oleh angin, air atau tenaga lembu jantan dan digerakkan secara perlahan tanpa menghasilkan haba. Vitamin dan zat galian mudah dimusnahkan oleh haba, tetapi teknik penghancuran yang sejuk menjamin kebanyakan nutrien, termasuk germa, dikekalkan..

Tidak seperti hari ini.. Tepung dikilang dengan membuang germa (lapisan kulit dalam yang berkhasiat) dan lapisan luar selulosa (di mana kebanyakan serat ditemui) dan menghancurkan bijirin dengan penggelek keluli (steel roller) yang berkelajuan tinggi.
Tidak seperti tepung bijirin tulen yang dikisar oleh pengisar batu, tepung yang kita makan hari ini terlalu putih dan halus.

Inilah yang dicapai oleh pengilang dengan menghancurkan bijirin melalui penggunaan pelbagai mesin penggelek. Haba yang dihasilkan melalui penggelek keluli boleh memusnahkan sebarang vitamin dan zat galian yang biasanya ditemui dalam bijirin, yang menghasilkan produk siap daripada kanji tidak putih.

Tepung putih yang dikilang yang menanggalkan bahan penghalang aslinya amat mudah terdedah kepada serangan kulat. Ini diatasi dengan mencampurkan asid propionik, bahan yang mencegah kulat dalam serbuk ubat kaki makan air (athletes’ foot).

Malah tepung gandum tulen dicurigai semasa proses pengilangan moden. Mesin berkelajuan tinggi mencecah sehingga 400o F, dan kepanasan ini memusnahkan nutrien penting dan menghasilkan ketengikan dalam bran dan germa.

Vitamin E di dalam germa dimusnahkan – satu kehilangan disebabkan gandum tulen merupakan sumber Vitamin E yang paling mudah diperolehi.

7 Sisa racun makhluk perosak


Penanaman bijirin kontemporari, termasuk gandum (di mana tepung diperolehi), yang racun makhluk perosak dan bahan kimia lain digunakan, juga menimbulkan persoalan mengenai keselamatan memakan roti yang dijual hari ini..

Kebanyakan racun makhluk perosak yang digunakan pada bijirin berfungsi sebagai xenoestrogen, estrogen asing yang boleh mengganggu keseimbangan hormon dan mungkin menjadi penyebab sebilangan masalah kesihatan.

Sebagai contoh, para penyelidik menjangka bahan kimia yang menyerupai estrogen ini merupakan salah satu daripada faktor penyebab budak lelaki dan perempuan mengalami akil baligh lebih awal. Ia juga telah dikaitkan dengan kemandulan, keluarbiasaan dan kanser yang dikaitkan dengan hormon, termasuk penyakit payudara fibrosista, kanser payudara dan endometriosis.

Dikesan dalam roti:

Pada Jun 2005, Jawatankuasa Sisa Racun Makhluk Perosak UK (sebuah badan bebas yang menasihati kerajaan UK, Lembaga Pengarah Keselamatan Racun Makhluk Perosak dan Agensi Standard Makanan) melaporkan penemuan sisa racun makhluk perosak dalam 53 daripada 72 “roti biasa” yang diuji, yang termasuk roti putih (37), roti gandum tulen (26) dan jenis roti “lain” (9).

Racun makhluk perosak yang dikesan dalam roti yang diuji ialah chlormequat (pengawal pertumbuhan tanaman yang digunakan pada pelbagai tanaman, termasuk bijirin), glyphosate (digunakan sebagai bahan pengering ke atas tanaman bijirin), malathion (racun serangga) dan pirimiphos-methyl (racun serangga yang digunakan untuk mengawal makhluk perosak bijirin yang disimpan).

Satu sampel roti gandum tulen didapati mengandungi 3 sisa racun, sementara 13 sampel lain (10 roti gandum tulen, 2 roti putih dan 1 roti “lain” mengandungi 2 sisa racun.

Ini menimbulkan kebimbangan di Britain memandangkan kesan jangka panjang ke atas kesihatan daripada campuran sisa racun makhluk perosak ini kurang difahami, dan ketara terutamanya pada bayi dalam kandungan serta kanak-kanak kecil..

8 Logam berat

Di sesetengah negara, roti dijual sungguhpun mengandungi logam berat. Sebagai contoh, paras tinggi logam kadmium beracun dan amat berbahaya jarang ditemui di dalam roti Australia . Kadmium datang daripada baja fosfat yang disembur ke atas ladang gandum. (Sumber: Museum Victoria Australia 2003).

9 Tiada Nutrien

Pernahkah anda tertanya-tanya apa maksud “Roti putih yang diperkaya” seperti yang tertera pada bungkusan roti? Makanan yang diperkaya mengandungi nutrien tambahan untuk menggantikan nutrien yang hilang semasa pemprosesan.

Bijirin tulen amat berkhasiat. Pemprosesan moden menghilangkan nilainya sehingga 90% malah 100% nutrien.

Menurut penemuan Amerika, apabila bijirin dijadikan tepung putih halus, lebih daripada 30 nutrien perlu dihilangkan. Hanya 4 daripada nutrien itu (Vitamin B1, B2 dan B3, dan zat besi) ditambah kembali ke dalam proses yang d ina makan “pengayaan.”

Nutrien yang dihilangkan dan tidak dikembalikan termasuk 44% Vitamin E, 52% asid pantotenik, 65% asid folik, 76% biotin, 84% Vitamin B6, dan separuh atau lebih 20 zat galian dan unsur surih (termasuk magnesium, kalsium, zink, kromium, mangan, selenium, vanadium dan kuprum).

Dengan kehilangan nutrien semasa proses pengilangan, istilah “Kurang bermutu” (Degraded) mugkin lebih sesuai digunakan.

10 Rambut manusia – Haram bagi umat Islam


Pengguna Muslim mungkin terkejut apabila mengetahui yang roti sebenarnya mengandungi unsur-unsur daripada rambut manusia. Sememangnya rambut manusia telah diproses untuk menjadi ramuan di dalam makanan termasuk roti.

Bahan yang dipersoalkan itu ialah L-cysteine (asid amino yang digunakan di dalam makanan, industri farmaseutikal dan kosmetik).

Penggunaan L-cysteine dalam makanan dibenarkan di Malaysia . Menurut Jadual Ke-11 Peraturan Makanan 1985, penggunaan L-cysteine dibenarkan dalam gandum dan tepung protein tinggi bagi membuat roti.

Dalam pembuatan roti, L-cysteine digunakan untuk mengurangkan masa campuran doh tepung, menghentikan pengecutan kulit roti piza selepas ia diratakan, dan membantu pemindahan doh melalui pelbagai alat pemprosesan kilang roti atau pelembut doh.

Sungguhpun L-cysteine mungkin wujud, biasanya ia tidak disenaraikan sebagai ramuan. Ini memandangkan ia tidak dianggap sebagai bahan penambah makanan, tetapi sebagai membantu pemprosesan.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI L- CYSTEINE

Menurut hukum Syariah, memakan sebarang bahagian tubuh manusia adalah haram bagi umat Islam. Daripada temu bual dengan Mufti Perak, Dato’ Seri Dr. Harussani bin Zakaria, difahamkan bahawa setiap bahagian tubuh manusia adalah suci dan perlu dihormati. Dengan itu, makanan yang mengandungi L-cysteine adalah meragukan memandangkan L-cysteine boleh diperolehi daripada rambut manusia.

Berdasarkan pandangan ini, pengguna Muslim perlu berhati-hati semasa memilih makanan di pasaran, terutama makanan yang mengandungi L-cysteine, seperti roti, pisa (dan juga perisa makanan lazat).

-Suntingan Azizi Hj Abdullah, Editor Utusan Pengguna (CAP) INFO 2006.

04 March 2010

Bila isteri dah tak cantik

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri serta
buat iktibar kita semua dan para suami/lelaki, renung2 kan lah.

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin kamu semua tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membandingkan kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa zaman bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sediakan sarapan utk suami, memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan, suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung dan dia nampaknya biasa saja dan tidak pernah menegur apa yang kurangnya tentang penampilan saya. Dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya. Kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks. Bila saya bersemuka dengan suami saya dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan dengan dengan gadis tersebut. Apa kurangnya saya? Dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. Saya menjaga makan minumnya, membantu kewangan, mengurus rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj. Tiada rangsangan lagi bila melihat saya. Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap serta fashion yang menarik. Sedangkan saya, walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja. Kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak. Rambut pula kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya. Bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak2. Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, karier, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, dan sebagainya. Jadi, dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana, pertama, memang saya dilahirkan begini. Kedua, saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri. Ketiga, saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya. Walau bagaimana baik kita menjaga dia, tetapi dia masih mementingkan fizikal dan jauh di sudut hati masih ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga bila berjalan bersama.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap. Saya menghadiri slimming session dan membelanjakan separuh dari duit untuk kecantikan. Bukan untk lelaki, tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Biarlah saya pendek dan sedikit tembam, tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

Pendapat Saya, penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat untuk kita berseronok-seronok seperti zaman bercinta. Jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Perkahwinan juga tempat kita diuji dengan pelbagai ujian. Maka, bersabarlah dan bertindaklah dengan bijak dan penuh hikmah. Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak seperti ini, fikirkanlah betapa besarnya pengorbanan seorang isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seorang isteri itu sebagai hiasan untuk anda dan jadikanlah kelemahan seorang isteri itu sebagai tanggungjawab utk anda memperbaikinya.



eka says;

Perkahwinan itu 1 ibadah juga untuk menyempurnakan agama dan sunnah Rasulullah. Berserah kepada Allah. Insya Allah semua akan menjadi indah. Amin!

03 March 2010

Untuk Bakal Suami & Bakal Isteri


Untuk Bakal Suamiku:

1.Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

2.Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

3.Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?

4.Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

5.Jika selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

6.Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?

7.Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?



Untuk Bakal Isteriku:

1.Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

2.Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

3.Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

4.Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

5.Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan masa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?

6.Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?

7.Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?


p/s: Credit goes to www.saifulislam.com.


eka says;

Kawin kawin jugak. Tanggungjawab jgn lupa beb!

Bila Lelaki Menjadi Dayus???

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah....