15 August 2010

Ayam Yang Kita Beli HALAL atau TIDAK?

Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):


Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.



Pegawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.


Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.

Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Merih’, sementara urat darah kiri kanan leher adalah sunat (hadis Nabi saw).




Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan

Yang menjadi tanda tanya kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tauke adalah orang Cina dan pekerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan. Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.

Lihat contoh urat merih’ ayam yang tak putus habis ini





Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate



Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babi pulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam yang tak disembelih pun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur taugeh, yang kita campur dengan mi atau goreng dengan tauhu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).



Dilanggani oleh Restoran Papa Rich pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;

Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.


Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengkuk ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati dan ada yang tak dicucuk langsung, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan dapat diprosesnya.






Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses



Bila kami tanya kenapa buat begitu, katanya, Cina (Tauke) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Lihat tengkok ayam. Tiada bekas di sembelih pun


p/s: Sori psl font kejap kecik kejap besar. Akak x kose nk edit. Agak2 xleh nmpk, sila baca guna kanta pembesar.

No comments:

Bila Lelaki Menjadi Dayus???

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah....