31 October 2012

Salam.

Kata aritu nak rajin update blog konon. Rajin la sangat kan. Harini pasal tinggal sorang2 kat ofis, maka terhasillah entry ni. Bile dok sorang2 kat ofis, nak pergi toilet pun pikir 20 x. Kalau pergi toilet, telefon bunyi, sape yg nak jawab. Kot la bos call wat spot check. Dahle bos tu jenis dengki kalau i dok goyang kaki xde kije. (Padahal tak g toilet pasal takut. Pedulik ape aku telepon bunyik.) Dalam dok tahan2 nak kencing ke tak, kencing ke tak, tiba2 bunyi sms masuk. Luv U....-*    - Abg- Terus hilang rasa nak kencing...kihkihkih. Gatal sioott aku. Suami sape la yg romantik sgt ni...cewah.

Ok. Hari tu celebrate Raya Haji di Johore (Bajet cool larr eja johor as johoRE). Balik mlm raya, sampai umah kul 4 pagi. 6 jam drive. Penat gile. Dahle baru balik keje. Ok. Suami saya yg drive sebenarnya. Saya cuma penat melayan dia berduet pasal nak hilangkan ngantuk. Gile jam jalan. Encik suami 1st experience balik raya jumpa jalan jam. Jakun kejap. Hambik ko. Selama ni raya kat KL je kan. KL la sangat. Gombak sebenarnya. Tido 2 jam jer pastu dah bangun tolong mak masak. Tipu. Mak dah siap masak dah. Bangun psl nak makan jer ngehngehngeh & nak main ngan anak buah kesayangan ramai. Ameer Rayyan dah pandai jalan yeeeaahhh. Bole main kejar2. Anak buah kedua coming soon. On the way. Anak sendiri tak tau la bile lagi. Sob...sob... Balik Gombak semula hari Ahad. Ambik cuti Isnin dengan harapan dapat lame sikit kat kg. Sekali tu, suami sape ntah ni x dapat cuti pulak. Cis...cis..Terpaksa meredah lautan jam lagi sekali untuk balik ke Gombak. Hah...dah cakap dah...dah cakap dah. Bos i ni cam tau2 je i tgh berblogging sambil bergoyang kaki sambil menahan kencing (kalau bole nak tahan kencing sampai balik umah). K arrr. Nak jwb call bos. Dah 10 x call hari ni. Tadi masa tgh berak pun call sampai 2 kali. Macam mane bole tau bos call masa tgh berak...?? Pasal....bile xde org nak teman g toilet, maka terpaksalah membawa handphone saya masuk bersama ke dalam toilet sambil mendengar lagu2 2PM, Mizznina & bla bla bla....Buruk siooottt perangai. Nasib baik ko dah kawin. Kalau x, xde sape nak kawin ngan ko....Wassalam.


17 October 2012

Azam Baru

Untuk sesapa yang belum tau & always wondering, i'm married. Yeaaaahhh......(Bongok seh). Pasal tu la blog ni x hapdet hampir setahun lamenye. Maksudnya.....saya dah kahwin hampir setahun. Apa kena-mengena kawin dengan tulis blog?? Adakah ini bermakna org yg dh berkahwin tidak bole menulis blog?? Atau, kawin membuatkan saya terlalu bz untuk menghapdet blog. Owh tidak. Mungkin saya sorang2 yang rasa suami akan terabai jika saya terus mengupdate blog. (Bodoh giler alasan). Alasan sebenarnya ialah MALAS. Hanis Zalikha yang femes tu pun bole hapdet blog sekali-sekala. Bile hampir setahun x menulis & mengarang ayat (except ayat nak buat surat rasmi untuk bos kat pejabat), ayat pun jadik macam budak baru belajar buat karangan. Ok. Giler panjang membebel. Kita masuk cerita pasal tajuk di atas pulak.

Begini ceghitenya. 15 Nov 2012 ini adalah bersamaan 1 Muharam 1434H. Pada sesapa yang tak tau, 1 Muharam adalah hari cuti bagi semua penduduk Malaysia (tu jela yg ko taukan?). Why?? Sebab 1 Muharam adalah tahun baru.....ISLAM. Ok, pandai.  Jadi, macam biasalah. Kalau dah ada tahun baru, mana bole tak ada azam baru. Ko giler. Jadi azam tahun baru islam ni (tak masuk azam baru tahun masihi lagi) ialah untuk cont menulis & menge 'paste' entry2 yg best kat blog saya yg sikit lagi nak berhantu ni. Ok deal. Jadi, sebagai warm up sebelum nak masuk tahun baru ni, saya nak letak gambo kawin saya bole?? bolelarrr. Kat FB pun tak letak tau. Malu org tgk. Pasal kat blog ni tak ramai orang tengok, jadi saya pun tak malu la nak letak. One more thing, perasan tak template & header dah tuko? APE?? TAK PERASAN???? Ok fine. Saya nak upload pic kawin saya sekarang. Bye. Wasalam. Errr....cane nak insert pic??????