17 October 2012

Azam Baru

Untuk sesapa yang belum tau & always wondering, i'm married. Yeaaaahhh......(Bongok seh). Pasal tu la blog ni x hapdet hampir setahun lamenye. Maksudnya.....saya dah kahwin hampir setahun. Apa kena-mengena kawin dengan tulis blog?? Adakah ini bermakna org yg dh berkahwin tidak bole menulis blog?? Atau, kawin membuatkan saya terlalu bz untuk menghapdet blog. Owh tidak. Mungkin saya sorang2 yang rasa suami akan terabai jika saya terus mengupdate blog. (Bodoh giler alasan). Alasan sebenarnya ialah MALAS. Hanis Zalikha yang femes tu pun bole hapdet blog sekali-sekala. Bile hampir setahun x menulis & mengarang ayat (except ayat nak buat surat rasmi untuk bos kat pejabat), ayat pun jadik macam budak baru belajar buat karangan. Ok. Giler panjang membebel. Kita masuk cerita pasal tajuk di atas pulak.

Begini ceghitenya. 15 Nov 2012 ini adalah bersamaan 1 Muharam 1434H. Pada sesapa yang tak tau, 1 Muharam adalah hari cuti bagi semua penduduk Malaysia (tu jela yg ko taukan?). Why?? Sebab 1 Muharam adalah tahun baru.....ISLAM. Ok, pandai.  Jadi, macam biasalah. Kalau dah ada tahun baru, mana bole tak ada azam baru. Ko giler. Jadi azam tahun baru islam ni (tak masuk azam baru tahun masihi lagi) ialah untuk cont menulis & menge 'paste' entry2 yg best kat blog saya yg sikit lagi nak berhantu ni. Ok deal. Jadi, sebagai warm up sebelum nak masuk tahun baru ni, saya nak letak gambo kawin saya bole?? bolelarrr. Kat FB pun tak letak tau. Malu org tgk. Pasal kat blog ni tak ramai orang tengok, jadi saya pun tak malu la nak letak. One more thing, perasan tak template & header dah tuko? APE?? TAK PERASAN???? Ok fine. Saya nak upload pic kawin saya sekarang. Bye. Wasalam. Errr....cane nak insert pic??????




No comments: