09 December 2010

MIScommunication

Memo from CEO to Manager:



Memo from Manager to Department Head:




Memo from Department Head to Floor Manager:

Memo from Floor Manager to Supervisor:



Memo from Supervisor to Staff:

wHaT tHe ****







06 December 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 1432H

Selamat Tahun Baru pada semua. Semoga tahun ini membawa perubahan yang lebih baik dalam semua segi. Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati. Semoga kita menjadi hamba yang taat kepadaNYA. Semoga kita dilindungi. Semoga kita bahagia dunia dan akhirat. Semoga saya (dan kamu)ditemukan jodoh pada tahun ini. Amin. Dan, semoga saya tak lagi lupa membaca doa akhir tahun dan awal tahun seperti tahun lepas (huhuhu....bola punye psl la ni).

* klik untuk besarkan imej

05 November 2010

Your wife’s rating to your actions

How To Take Care Of Your Wife


In the world, one single rule applies to the men: Make the Woman happy. Do something she likes, and you get points. Do something she dislikes and points are subtracted. You don't get any points for doing something she expects. Sorry, that's the way the game is played.

Here is a guide to the point system:


SIMPLE DUTIES

-You make the bed (+1)

-You make the bed, but forget the decorative pillow (0)
-You throw the bedspread over rumpled sheets (-1)
-You go out to buy her what she wants (+5)
In the rain (+8)
But return with cigarette (-5)
-You check out a suspicious noise at night (0)
You check out a suspicious noise, and it is nothing (0)
You check out a suspicious noise and it is something(+5)
You pummel it with iron rod (+10)
It's her pet (-10)


SOCIAL ENGAGEMENTS

-You stay by her side the entire party (0)

-You stay by her side for a while, then leave to chat with a
college buddy (-2)
Named Tina (-4)
Tina is a model (-10)


HER BIRTHDAY

-You take her out to dinner (0)
-You take her out to dinner and it's not a sports bar (+1)
Okay, it's a sports bar (-2)
-And it's all-you-can-eat night (-3)
-It's a sports bar, it's all-you-can-eat night, and your face is
painted the colours of your favourite team (-10)


A NIGHT OUT

-You take her to a movie (+2)

-You take her to a movie she likes (+4)
-You take her to a movie you hate (+6)
-You take her to a movie you like (-2)
-It's called 'DeathCop' (-3)
-You lied and said it was a foreign film about orphans (-15)


YOUR PHYSIQUE

-You develop a noticeable potbelly (-15)
-You develop a noticeable potbelly and exercise to get rid of it
(+10)
-You develop a noticeable potbelly and resort to baggy jeans
and baggy Hawaiian shirts (-30)
-You say, "It doesn't matter, you have one too." (-8000)


ENJOY THE 'BIG' QUESTION

-She asks, "Do I look fat?" (-5) [Yes, you LOSE points no matter
WHAT]
-You hesitate in responding (-10)
-You reply, "Where?" (-35)
-Any other response (-20)


COMMUNICATION

-When she wants to talk about a problem , you listen,displaying
what looks like a concerned expression (0)
-You listen, for over 30 minutes (+50)
-You listen for more than 30 minutes without looking at the TV
(+500)
-She realizes this is because you have fallen asleep (-10000)

Kepada yang bernama Wanita Islam


Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan atau lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya Bab HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam. Kenapa hal ini boleh terjadi??

Contoh yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam,

"Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"

Pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"Alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasawuf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara yang keTUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

Perkara yang berkaitan HAID: Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

20 October 2010

10.10.10 Sekitar Majlis Perkahwinan Saya...Punye Adik


Wedding Kek










Sebahagian Hantaran Dari Pihak Perempuan


My Sis

Akad Nikah


Sesi Menge 'TOL' oleh mak andam, makcik gue, cousin & anak2 buah

Sesi Tawar Menawar antara Pihak Lelaki dan Mak Andam


Finally....

19 October 2010

Sushi King-Halal atau Tidak?

Sushi King... . halal ke?

Itu situasi yang biasanya berlaku kepada pengguna2 muslim apabila terlintas peluang untuk makan di Sushi King. Sebenarnya, dari menu Sushi King kita dapat melihat arak disajikan di premis itu. Hampir semua atau semua Sushi King menjual minuman keras! Adakah Sushi King boleh mendapatkan pengiktirafan halal?

Jelas sekali restoran ini tidak akan dapat peniktirafan halal oleh pihak berkuasa iaitu JAKIM!

"Kita bukan pegi minum arak pon. Makan sushi je. Sushi tu buat dari ikan la". Demikian pula alasan yang diberikan. Boleh ke macam tu? Dengan adanya minuman keras semestinya akan berlaku pencampuran antara yang halal dan haram. Pelanggan minum arak, mungkin arak tersebut menitik atau tumpah ke pinggan. Apabila dicuci, campur dengan pinggan mangkuk yang lain. Memang sah tidak halal.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, ada sushi yang menggunakan bahan yang dinamakan mirin sebagai ramuannya. Apa itu mirin? Apakah perbezaannya dengan sake?
Persamaannya ialah kedua-duanya adalah kedua-duanya sejenis "rice wine" iaitu arak dan boleh memabukkan. Jadi kedua-duanya adalah haram. Beza mirin dan sake ialah kandungan alcoholnya. Mirin mempunyai kandungan alcohol 14% dan sake mempunyai kandungan alcohol sebanyak 20%. Ada juga mirin yang mengandungi kandungan alcohol yang kurang tetapi yang haram tetap haram.

Cubaan menyemak status halal di laman web JAKIM menunjukkan Sushi King yang didaftarkan di bawah syarikat Sushi Kin Sdn. Bhd. tidak mempunyai sijil halal.

Email kepada pengurusan Sushi King juga menunjukkan respon yang restoran itu sesuai untuk pengguna2 muslim. Berikut adalah email yang dihantar dan respon Sushi King:

Email pertama dari http://afiqsdiary.blogspot.com/2009/05/sushi-king-...:

Enquiry : I would like to know about halal status of Sushi King since there were no halal logo on every of you premis entrance.

Jawapan dari Sushi King:

Dear Mohamed Afiq,

Thank you for your email.

For your information, we are not a Halal restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim us as Pork free.

All our meat based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.

Thank you.

May you have a great day ahead!

Warmest Regards,
Marilyn LimMarketing DepartmentSushi Kin Sdn. Bhd.Tel: 03-56319060 Ext: 283

Email kedua dari http://lepaktime.blogspot.com/2009/08/sushi-king-h...:

Enquiry : I know that your chicken & beef are from halal supplier. How about your sushi? Do you put any sake or any other types of alcohol in your sushi? If you did, you shouldn’t do. Cause muslims can’t eat your sushi if contains any alcohol. Hope you can change it to vinegar that not contains alcohol cause muslims also want to enjoy your sushi. Thank you.

Jawapan dari Sushi King :

Dear Faeza,

Thank you for your enquiry.

Sushi King is not certified 'Halal'. This is due to some of our food contains 'Mirin'.

Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.

Following are products that contains Mirin:
1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura

On top of that, some of our restaurants do sell beer.

Hope this answers your question.

Thank you.

May you have a great day ahead!

Warmest Regards,
Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext 283
Fax: 03-56325200


eka says;

Mencari Yang Halal Itu Fardu Bagi Umat Islam

18 October 2010

Iljimae

Setelah sekian lame memerap dan mengasingkan diri di dalam bilik, finally.....dapat jugak mengkhatamkan iljimae .As a result, wallpaper, screensaver laptop & hp wa semuanya muka iljimae. Sape dia iljimae yg buat wa x update blog berminggu-minggu ni?Meh cni wa tepek ckit muka dia.



Haa...Macho x macho.... Citer ni dh lame dh sebenarnya. Kat tv pun dh ade lame dah. Wa je yg ketinggalan zaman. Tapi baru2 ni je dpt cilok adik wa punye dvd & seludup balik ke kl. So, sape2 yg x tgk lg tu g la tgk. Cerita hero terbaik abad ini. Spiderman pun x terer mcm iljimae. Apatah lg optimus prime. Silala tgk sebelum anda menyesal.

Bagaimana ingin membuatkan anak-anak bersolat tanpa disuruh

Assalamualaikum....
Syukur Alhamdulillah....
Satu emel yang ingin dikongsi bersama. Semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan dalam kehidupan.....

Bagaimana membentuk anak agar dapat menunaikan solat tanpa diperingatkan/disuruh/ diperintahkan @ berdebat….

Anak perempuan saya yang berumur 12 tahun amat sukar menunaikan solat. Solat umpama suatu beban yang amat berat kepadanya. Jadi, pada suatu hari saya menyuruhnya menunaikan solat dan memantaunya. Dia mengambil sejadah dan mencampakkannya ke bawah. Apabila saya bertanya sama ada dia telah bersolat – dia menjawab sudah - Percayalah, Saya telah menampar mukanya tanpa niat berbuat demikian – Saya tahu saya telah melakukan kesalahan. Situasi ini membuatkan saya gelisah dan saya menangis dan menyesal, saya mohon kepada Allah agar dapat memaafkan saya. Tamparan, suruhan (peringatan) saya tidak menberi manfaat kepada anak saya.

Suatu hari, seorang rakan telah menceritakan kepada saya sebuah kisahnya menziarahi seorang sahabat. Sahabatnya ini bukanlah merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam agama @ alim ulama, tetapi apabila azan berkumandang, anak-anaknya berkejaran untuk menunaikan solat tanpa perlu disuruh.. Saya bertanya kepadanya, bagaimana anak-anaknya dapat menunaikan solat tanpa disuruh? !!!!! – Dia berkata sebelum mendirikan rumah tangga, saya mengamalkan doa ini sehingga hari ini .

Setelah diberitahukan olehnya amalan doa tersebut – saya mula membacanya dalam setiap sujud dalam solat saya sebelum salam dan pada bila-bila masa saya berkelapangan. Sahabatku, Semenjak saya mula mengamalkan doa tersebut, anak perempuan saya adalah orang pertama yang menunaikan bersolat tanpa perlu disuruh. Dia bangun awal pagi tanpa perlu dikejutkan lagi. Dan kesemua anak-anak saya sekarang tidak lagi sukar menunaikan solat. Bahkan ketika ibu saya berkunjung & bermalam di rumah kami, saya terpaksa berpesan kepada anak perempuan saya agar mengejutkan kami bangun pagi.

Saya tahu anda tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui petikan doa tersebut ..
Doa petikan daripada Surah Ibrahim(14), ayat # 40 & 41( سُوۡرَةُ إبراهیم )

Petikan Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

Sama-samalah kita mengamalkannya dan semoga kita tidak terlalai dari menjalankan tanggungjawab kepada Allah.


Versi Bahasa Inggeris.

How to make your children pray on their own without a reminder or a quarrel
Forward from one of the sisters

My Daughter was 12 years old and prayer was like heavy burden on her , So I told her to pray one day and I monitored her. She took the carpet and threw it on the ground. I asked her have you prayed - she said yes - Believe me, without feeling I slapped her face - I know I made a mistake. The situation has troubled me and I cried and I repent to God to forgive me The slap, the talk , the reminders did not benefit with my child.

One day A friend told me told me story. She went to one of her friends for a visit. Her friend was not that of a religious person, but when the Adhan prayer was called, her children rushed for prayers without reminders or quarrel. I said to her how does your children pray on themselves without quarrel or a reminder? !!!!! - She said I have nothing to tell you, but before I got married I supplicate this Dua and until today .

After she advised me the supplication Dua – I began to recite it in every Sujud in my prayers before Tasleem and anytime I could . My Sisters and Brothers since I began to recite the supplication Dua my daughter is now the first to prayer without reminders or quarrels . She got up in Fajr prayers without any alarms. And all her brothers are now eager in praying without any difficulties. Even my mother visited me once and went to sleep and I have to draw the attention to my daughter to wake us up.

I know You are now eager to know this Supplication Dua ..
The Supplication is in the Surae Ibrahim(14),
), ayah # 40-41

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

eka says;
Hambik kau. Font kejap kecik, kejap besau. Al maklumlah, lame x post entry.