20 October 2010

10.10.10 Sekitar Majlis Perkahwinan Saya...Punye Adik


Wedding Kek










Sebahagian Hantaran Dari Pihak Perempuan


My Sis

Akad Nikah


Sesi Menge 'TOL' oleh mak andam, makcik gue, cousin & anak2 buah

Sesi Tawar Menawar antara Pihak Lelaki dan Mak Andam


Finally....

19 October 2010

Sushi King-Halal atau Tidak?

Sushi King... . halal ke?

Itu situasi yang biasanya berlaku kepada pengguna2 muslim apabila terlintas peluang untuk makan di Sushi King. Sebenarnya, dari menu Sushi King kita dapat melihat arak disajikan di premis itu. Hampir semua atau semua Sushi King menjual minuman keras! Adakah Sushi King boleh mendapatkan pengiktirafan halal?

Jelas sekali restoran ini tidak akan dapat peniktirafan halal oleh pihak berkuasa iaitu JAKIM!

"Kita bukan pegi minum arak pon. Makan sushi je. Sushi tu buat dari ikan la". Demikian pula alasan yang diberikan. Boleh ke macam tu? Dengan adanya minuman keras semestinya akan berlaku pencampuran antara yang halal dan haram. Pelanggan minum arak, mungkin arak tersebut menitik atau tumpah ke pinggan. Apabila dicuci, campur dengan pinggan mangkuk yang lain. Memang sah tidak halal.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, ada sushi yang menggunakan bahan yang dinamakan mirin sebagai ramuannya. Apa itu mirin? Apakah perbezaannya dengan sake?
Persamaannya ialah kedua-duanya adalah kedua-duanya sejenis "rice wine" iaitu arak dan boleh memabukkan. Jadi kedua-duanya adalah haram. Beza mirin dan sake ialah kandungan alcoholnya. Mirin mempunyai kandungan alcohol 14% dan sake mempunyai kandungan alcohol sebanyak 20%. Ada juga mirin yang mengandungi kandungan alcohol yang kurang tetapi yang haram tetap haram.

Cubaan menyemak status halal di laman web JAKIM menunjukkan Sushi King yang didaftarkan di bawah syarikat Sushi Kin Sdn. Bhd. tidak mempunyai sijil halal.

Email kepada pengurusan Sushi King juga menunjukkan respon yang restoran itu sesuai untuk pengguna2 muslim. Berikut adalah email yang dihantar dan respon Sushi King:

Email pertama dari http://afiqsdiary.blogspot.com/2009/05/sushi-king-...:

Enquiry : I would like to know about halal status of Sushi King since there were no halal logo on every of you premis entrance.

Jawapan dari Sushi King:

Dear Mohamed Afiq,

Thank you for your email.

For your information, we are not a Halal restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim us as Pork free.

All our meat based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.

Thank you.

May you have a great day ahead!

Warmest Regards,
Marilyn LimMarketing DepartmentSushi Kin Sdn. Bhd.Tel: 03-56319060 Ext: 283

Email kedua dari http://lepaktime.blogspot.com/2009/08/sushi-king-h...:

Enquiry : I know that your chicken & beef are from halal supplier. How about your sushi? Do you put any sake or any other types of alcohol in your sushi? If you did, you shouldn’t do. Cause muslims can’t eat your sushi if contains any alcohol. Hope you can change it to vinegar that not contains alcohol cause muslims also want to enjoy your sushi. Thank you.

Jawapan dari Sushi King :

Dear Faeza,

Thank you for your enquiry.

Sushi King is not certified 'Halal'. This is due to some of our food contains 'Mirin'.

Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.

Following are products that contains Mirin:
1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura

On top of that, some of our restaurants do sell beer.

Hope this answers your question.

Thank you.

May you have a great day ahead!

Warmest Regards,
Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext 283
Fax: 03-56325200


eka says;

Mencari Yang Halal Itu Fardu Bagi Umat Islam

18 October 2010

Iljimae

Setelah sekian lame memerap dan mengasingkan diri di dalam bilik, finally.....dapat jugak mengkhatamkan iljimae .As a result, wallpaper, screensaver laptop & hp wa semuanya muka iljimae. Sape dia iljimae yg buat wa x update blog berminggu-minggu ni?Meh cni wa tepek ckit muka dia.



Haa...Macho x macho.... Citer ni dh lame dh sebenarnya. Kat tv pun dh ade lame dah. Wa je yg ketinggalan zaman. Tapi baru2 ni je dpt cilok adik wa punye dvd & seludup balik ke kl. So, sape2 yg x tgk lg tu g la tgk. Cerita hero terbaik abad ini. Spiderman pun x terer mcm iljimae. Apatah lg optimus prime. Silala tgk sebelum anda menyesal.

Bagaimana ingin membuatkan anak-anak bersolat tanpa disuruh

Assalamualaikum....
Syukur Alhamdulillah....
Satu emel yang ingin dikongsi bersama. Semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan dalam kehidupan.....

Bagaimana membentuk anak agar dapat menunaikan solat tanpa diperingatkan/disuruh/ diperintahkan @ berdebat….

Anak perempuan saya yang berumur 12 tahun amat sukar menunaikan solat. Solat umpama suatu beban yang amat berat kepadanya. Jadi, pada suatu hari saya menyuruhnya menunaikan solat dan memantaunya. Dia mengambil sejadah dan mencampakkannya ke bawah. Apabila saya bertanya sama ada dia telah bersolat – dia menjawab sudah - Percayalah, Saya telah menampar mukanya tanpa niat berbuat demikian – Saya tahu saya telah melakukan kesalahan. Situasi ini membuatkan saya gelisah dan saya menangis dan menyesal, saya mohon kepada Allah agar dapat memaafkan saya. Tamparan, suruhan (peringatan) saya tidak menberi manfaat kepada anak saya.

Suatu hari, seorang rakan telah menceritakan kepada saya sebuah kisahnya menziarahi seorang sahabat. Sahabatnya ini bukanlah merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam agama @ alim ulama, tetapi apabila azan berkumandang, anak-anaknya berkejaran untuk menunaikan solat tanpa perlu disuruh.. Saya bertanya kepadanya, bagaimana anak-anaknya dapat menunaikan solat tanpa disuruh? !!!!! – Dia berkata sebelum mendirikan rumah tangga, saya mengamalkan doa ini sehingga hari ini .

Setelah diberitahukan olehnya amalan doa tersebut – saya mula membacanya dalam setiap sujud dalam solat saya sebelum salam dan pada bila-bila masa saya berkelapangan. Sahabatku, Semenjak saya mula mengamalkan doa tersebut, anak perempuan saya adalah orang pertama yang menunaikan bersolat tanpa perlu disuruh. Dia bangun awal pagi tanpa perlu dikejutkan lagi. Dan kesemua anak-anak saya sekarang tidak lagi sukar menunaikan solat. Bahkan ketika ibu saya berkunjung & bermalam di rumah kami, saya terpaksa berpesan kepada anak perempuan saya agar mengejutkan kami bangun pagi.

Saya tahu anda tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui petikan doa tersebut ..
Doa petikan daripada Surah Ibrahim(14), ayat # 40 & 41( سُوۡرَةُ إبراهیم )

Petikan Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

Sama-samalah kita mengamalkannya dan semoga kita tidak terlalai dari menjalankan tanggungjawab kepada Allah.


Versi Bahasa Inggeris.

How to make your children pray on their own without a reminder or a quarrel
Forward from one of the sisters

My Daughter was 12 years old and prayer was like heavy burden on her , So I told her to pray one day and I monitored her. She took the carpet and threw it on the ground. I asked her have you prayed - she said yes - Believe me, without feeling I slapped her face - I know I made a mistake. The situation has troubled me and I cried and I repent to God to forgive me The slap, the talk , the reminders did not benefit with my child.

One day A friend told me told me story. She went to one of her friends for a visit. Her friend was not that of a religious person, but when the Adhan prayer was called, her children rushed for prayers without reminders or quarrel. I said to her how does your children pray on themselves without quarrel or a reminder? !!!!! - She said I have nothing to tell you, but before I got married I supplicate this Dua and until today .

After she advised me the supplication Dua – I began to recite it in every Sujud in my prayers before Tasleem and anytime I could . My Sisters and Brothers since I began to recite the supplication Dua my daughter is now the first to prayer without reminders or quarrels . She got up in Fajr prayers without any alarms. And all her brothers are now eager in praying without any difficulties. Even my mother visited me once and went to sleep and I have to draw the attention to my daughter to wake us up.

I know You are now eager to know this Supplication Dua ..
The Supplication is in the Surae Ibrahim(14),
), ayah # 40-41

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

eka says;
Hambik kau. Font kejap kecik, kejap besau. Al maklumlah, lame x post entry.