28 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak


JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi - Bangun

Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi - Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca doa Nabi Yunus 41 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Makan Sahur

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.

Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka : Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala.

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur.


20 July 2011

Jalan-Jalan Cari Pasal Ke Vietnam

10 Julai 2011 (Ahad)

Pagi2 buta lg dh bangun. Lalat pun belum bangun lagi. Flight jam 9:10am. So kul 7 kena ade di airport. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Since waktu Vietnam 1 jam lambat dr Malaysia, kami tiba di Vietnam lebih kurang jam 10:00am (waktu Vietnam). Check in di Blue Diamond Hotel. 1 malam USD65 bersamaan RM195. Hotel best giler. Gila la kalau ckp x best. Mahal tu.Next time pergi leh cr hotel bajet lak. Yg penting hotel tu dkt ngan Ben-thanh Market.Within 5 min walking distance + 10 min t0 VN Halal Restaurant. Satu2nye halal restaurant yg dekat ngan hotel. Sape tengok 'Rasa Halal Orient Vietnam' di Oasis mesti notice restaurant tu.Tapi sy takkan recommend restaurant tu coz the service is very poor. The food also ok2 je. Tak berbaloi langsung dengan harga yg mahal. Order lemon ice sampai nk tercekik, sampai 2-3 kali order pun still x kunjung tiba. Sampai ke sudah. Sampai on the way balik ke hotel x abis2 lg sumpah seranah restaurant tu. Klu g time weekend, klu x book dulu jgn harap nk dpt mkn kat situ. Cam kitorang la. Sape2 nak g makan leh tahan cab g kat area Saigon City. Kat situ lagi banyak restaurant mcm 'Halal@Saigon, D'Nyonya & 2-3 lagi. Harga quite expensive la but the food is very nice. Sedap giler. Masjid pun dekat je.

Jalan2 di ho chi minh mmg mencabar mental & fizikal. Jalan kaki or naik cab, dua2 pun scary & leh wat org sakit jiwa.Keadaan lalu lintas yg sangat sesak terutamanya dengan motor. Rata-rata leh dengar bunyi hon psl org vietnam ni mmg suka main hon. Kalau kt Malaysia ni kena hon leh bergaduh, tp kat vietnam hon memainkan perana penting untuk mengelakkan dr berlakunya kemalangan. Pemandangan biasa di ho chi minh, kereta & cab especiallynya akan suka-suki buat u-turn kat mane2 diorang rase nk u-turn, org naik basikal di tengah2 jalan yg sesak dengan motor, bas & kereta & banyak lg benda2 pelik bin ajaib yg xkan kita jumpa di Malaysia. 1st day berjalan-jalan di Vietnam memang memeningkan kepala. Lintas jalan pun mengambil masa 5 minit dek kerana kenderaan yg terlalu banyak. 1 perkara yg kitorang belajar, melintas jalan x perlu tengok ke kiri dan kekanan kerana ia akan mengambil masa yg lama untuk melintas. Motor & kereta x pernah putus.Orang2 di Vietnam melintas jalan dengan selambanya tanpa memikirkan kemungkinan akan dilanggar oleh kereta & motor kerana kereta & motor2 tu yang akan mengelak mereka. Kitorang telah pun mencontohi cara org2 vietnam melintas jalan & hasilnya, banyak masa dapat dijimatkan. Ni citer betul. X tipu punye. X caya leh try. Kalau tetiba kena langgar, mak x bertanggungjawab....

11 Julai 2011 (Isnin)

Sebelah pagi kami bergerak ke Cho Binh Tay yg terletak di Chinatown. Naik Cab (Make sure Vinasun Cab) ke sana. 1 cab leh muat 7 org. Tambang biase nye diorang x terima USD, so, kena ready viet dong banyak2 untuk cab. Driver teksi kebanyakannya x reti speaking English, so, just show them the address if u want to go anywhere. Cho Binh Tay adalah sejenis market yg lebih kurang Ben-thanh market tetapi barang2 di Binh Tay adalah lebih murah kerana ia adalah pasar borong. Barang2 di Ben-thanh juga kebanyakannya datang dari Binh Tay klu korg nak tau.
Bershoping di vietnam korang kena pandai main harga. Klu nk bargain jgn sikit2, kita letak 1/2 price terus. Klu nak bertekak, bergaduh pun no problem. Last2 dia akan turun harga gak klu betul2 nk srh kita beli. Ade certain2 kedai x bg langsung kita pegang2 barang diorang. Siap kena halau lg. Kedai2 camtu xyah la masuk. Menyakitkan hati je. Kalau nak baju2 ready made yg banyak beads & good quality leh ar cari di Hong Anh Collection & Minh Collection. Kedai2 ni standard sikit ar baju2 dia tp still mampu utk kita beli. Kira worth the money la. Kalau sampai Malaysia, baju2 camtu leh jadi ratus2 RM.

Hari kedua ni relax sket psl kita dh tau sikit2 selok belok jln kat cni. Sebelah malam berjalan-jalan di Ben-Thanh Night Market. Kira lebih kurang uptown la kat Malaysia ni. Lagi elok bershoping di Ben-thanh market rasanye. Harga brg2 pun lebih kurang je. Makan masalah sikit la. Nak selamat & berjimat bwklar ape2 dr malaysia mcm roti ke, meggi or biskut. Mineral water pun elok bwk sama psl kebanyakan mineral water yg dijual rasenye payau. Nak makan nasi sehari sekali kira orait la. Sape banyak duit tu leh ar keje makan je kat sana. X yah g jalan.


12 Julai 2011

Hari ketiga adalah hari untuk sightseeing. Pagi tu sebelum check out, g ke Ben-thanh market wat kali terakhir untuk menghabiskan duit2 yg berbaki. Ape kes nak bwk blk semula duit tu ke Malaysia kan? Apa pulak org cakap...;D. Selepas check out, naik bas & our tourist guide bwk kitorg round 1 Vietnam. Antara tempat2 yg dilawati adalah seperti Reunification Palace, War Museum, Lacquer Ware (art Craft)
& 1-2 tempat lg. Unfortunately, petang tu hujan lebat giler. So, kitorang nyer sightseeing tu jd x berapa interesting. Ade tempat2 yg kitorang x dpt turun & cuma tgk dr dlm bas je.

Cuaca buruk di Vietnam terbawak-bwk sampaila dlm flight balik ke Malaysia. We went through a very scary experience bila plane tu melalui 1 situasi cuaca yg buruk....pergh ayat..Skema giler! Masa kapten tu buat announcement, kepala dh terbayang macam2 dah. Gegaran tu rasa len macam pulak. Time tu, mcm2 ayat dah keluar. Member sorang dh meleleh-leleh air mata. Lawak tul. Nak gelak cam waktu x sesuwai pulak. Tapi Alhamdulillah the weather is clear bila masuk ke ruang udara Malaysia. Tiba di Malaysia jam 12:00 malam. Sekian.....