Kematian tidak mengira usia
tua @ muda. Seseorang yang ada blog, akaun facebook, twitter, myspace, friendster dll. Apa
akan jadi pada akaun² ini selepas kematian
kita(andai password hanya kita sorang je yang tau).
Post ini untuk renungan bersama.
Post ini untuk renungan bersama.
Mari kita
renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password, hanya kita yang boleh access..
dan selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin
ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi
mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita, gambar-gambar kita.. akan terus
membuatkan kita terseksa di alam kubur? Gambar-gambar yang tidak
ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?
Lelaki ajnabi
terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan
gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus
ada.. saham dosa terus meningkat.. macam mana? pernah terfikir tak? tudung
singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging
dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu,
bagaimana? mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita
dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka
bumiNya tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu
tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..
cuba kita
renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan
kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum
auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~ jagalah
maruah diri sebagai seorang muslimah. Mati itu pasti. Persiapkan diri untuk mati
itu perlu..