24 June 2010
PERHATIAN: Hati-hati dengan Facebook--->I5Ra3L
Cuba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu padahal mereka tak bermaksud untuk menyertai mereka. Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah menyertai mereka tanpa disengaja. Waspada dan segera untuk keluar kerana jumlah anggota mereka setiap jam bertambah.
Jika kita menulis nama negara itu secara direct cth: Israel, maka informasi itu akan di direct ke fan page 15r43L (Israel) di Facebook dan dimonitor oleh mereka disana, semua posting yg mengandungi kata 15r43L akan ada disana juga
Sebarkan perkara ini ke saudara2 kita yang lain.. Karena kita bukan pengikut the real terorist..
eka says;
sumbEr diperolehi dari group bErjuanglah, rEmaja islam!!. Tolong ye kawan2....
22 June 2010
Warkah Buat Adam
Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adamku....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....
Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...
Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....
ikhlas dari
Hawa
eka says;
Bukan utk org yg bernama Adam sahaja.
21 June 2010
Makanlah Dengan Tangan Kanan
Hadis pertama:
Guna tangan kiri = Syaitan.
"Apabila salah seorang dari kalian makan, maka hendaklah makan dengan tangan kanan dan apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanan. Kerana syaitan apabila ia makan, makan dengan tangan kiri dan apabila minum, minum dengan tangan kiri."
(HR. Muslim)
Hadis kedua:
Dari Salamah bin Al Akwa' Radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Ada seorang makan di sisi Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dengan menggunakan tangan kirinya, kemudian beliau bersabda, 'Makanlah dengan tangan kananmu !,' dia menjawab, 'Saya tidak boleh.' Kemudian beliau bersabda, 'Tidak, pasti kamu boleh!' Yang menyebabkan dia enggan adalah kerana kesombongannya, maka setelah itu orang tersebut tidak boleh mengangkat tangannya ke mulut"
(HR. Muslim)
Pertanyaan kemudian, bagaimanakah jika ia seorang yang KIDAL?
Maka, mudah-mudahan hadis ini sebagai jawapannya:
Dari Abdullah bin Muhammad, dari seorang wanita di antara mereka yang berkata, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam masuk menemuiku ketika aku sedang makan dengan tangan kiriku, kerana aku seorang wanita yang KIDAL.
Maka beliau memukul tanganku sehingga sesuap makanan jatuh.
Lalu beliau bersabda, "Janganlah engkau makan dengan tangan kirimu, sedangkan Allah telah menjadikan tangan kanan untukmu." Atau bersabda, "Sedangkan Allah telah menyembuhkan tangan kananmu."
(HR. Ahmad dan Thabarani. Dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 72)
Wallahu a'lam
Pada zaman dulu kala.. semasa Islam menguasai dua pertiga dunia, sebelum kejatuhan Khilafah Islamiyah (korang tau tak Khilafah Islamiyah jatuh pada 3 Mac 1924 ni?)... Orang putih dari Britain akan datang belajar di Timur Tengah.. because we're very cool and we have the first university and we've got style.. hehe..
At that time, in England there was this very bad plaque of unknown cause. However, it did not contained in England but was brought to middle east by the students...
Interestingly it only affected the students but not the local people. So everyone was puzzled.. Is it genetic????
It was then revealed that the plaque was caused by faeco-oral contamination (i.e. what comes out of the butt got into the mouth somehow).
And guess why it did not affect the local people??? Because muslim only use their right hand to eat and only use their left hand for bad stuff like cleaning up their back passage... And the westerners only learn it then.. see how civilized we were??
eka says;
Makan dengan tangan is not so backward after all. Sudu & garfu tu confirm basuh bersih ke adik-adik...??? & 1 more thing, lepas makan guna tangan tu silalah menjilat jari tangan masing-masing sebab terdapat enzim di celah-celah jari lebih banyak dari yang terdapat dalam air liur & kerana menurut Rasulullah, pada akhir makanan itu mengandungi KEBERKATAN...Insya Allah.
16 June 2010
Sifat Bangsa Israel/Yahudi Menurut Al Quran
• Kebanyakan fasiq dan sedikit beriman kepada Allah (al Imran: 110; an Nisa’: 55)
• Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (al Maidah: 82)
• Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (al An’am: 20)
• Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran (al Baqarah: 75, 91, 101, 140, 145, 211; ali Imran: 71, 78; an Nisa’: 46; al Maidah: 41)
• Menyembunyikan bukti kebenaran (al Baqarah:76, 101, 120, 146; ali Imran:71)
• Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (al Baqarah: 87, 101, 120, 146; al Maidah: 41)
• Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al Quran (al Baqarah: 91, 99; ali Imran: 70)
• Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (al Baqarah: 171)
• Mencampur adukkan yang benar dan yang salah, yang hak, dan yang batil (ali Imran: 71)
• Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (al Baqarah: 76; ali Imran: 72, 119)
• Hati mereka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (al Baqarah: 88, 120, 145, 146)
• Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan meyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (al Baqarah: 94, 111, 113, 120, 135, 145; al Maidah: 18)
• Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (an Nisa’: 53)
• Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (al Baqarah: 90, 105, 109, 120)
• Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (al Baqarah: 90, 95, 96, 212)
• Berkata bohong, mengingkari janji serta melampaui batas ( al Baqarah: 100, 246, 249; ali Imran: 183, 184; an Nisa’: 46)
• Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (al Baqarah: 204, 246; ali Imran: 72; an Nisa’: 46)
• Mengada-adakan perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (ali Imran: 24, 94, 183, 184; al Maidah: 41)
• Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (al Baqarah: 206, 212, 247)
eka say;
Dicilok dari Utusan Malaysia
10 June 2010
Menjelang World Cup
Dear Wife/ Sweetheart/Girl Friend/ Partner/Whomever it may concern,
1. Between 11 June and 11 July 2010, you should read the sports section of the newspaper so that you are aware of what is going on regarding the World of Soccer, and that way you will be able to join in the conversation. If you fail to do this, then you will be looked at in a bad way, or you will be totally ignored. DO NOOT complain about not receiving any attention.
2. During the World Cup, the television is mine, at all times, without any exceptions. If you even take a glimpse of the remote control, you will lose it (your eye).
3. If you have to pass by in front of the TV during a game, I don’t mind, as long as you do it crawling on the floor and without distracting me.
4. During the games I will be blind, deaf and mute, unless I require a refill of my drink or something to eat. You are out off your mind if you expect me to listen to you, open the door, answer the telephone, or pick up the baby that just fell on the floor....It won't happen.
5. It would be a good idea for you to keep at least 2 six packs in the fridge at all times, as well as plenty of things to nibble on (excluding your body parts), and please do not make any funny faces to my friends when they come over too watch the games. In return,, you will be allowed to use the TV between 12am and 6amm, unless they replay a good game that I missed during the day.
6. Please, please, please!! If you see me upset because one of my teams is losing, DO NOTT say "get over it, it's only a game", or "don’t worry, they'll win next time"". If you say these things, you will only make me angrier and I will love you less. Remember, you will never ever know more about football than me and your so called "words of encouragement"" will only lead to a break up or….divorce.
7. You are welcome to sit with me to watch one game and you can talk to me during halftime but only when the commercials are on, and only if the half time scores is pleasing me. In addition, please note I am saying "one" game ; hence do not use the World Cup as a nice cheesy excuse too "spend time together".
8. The replays of the goals are very important. I don't care if I have seen them or I haven't seen them, I want to see them again, Many times.
9. Tell your friends NOT to have any babies, or any other child related parties or gatherings that requires my attendance because:
a) I will not go,
b) I will not go, and
c) I will not go.
10. But, if a friend of mine invites us to his house on a Sunday to watch a game, we will be there in a flash.
11. The daily World Cup highlights show on TV every night is just as important as the games themselves. Do not even think about saying "but you have already seen this...why don’t you change the channel to something we can all watch?" because, the reply will be, "Refer to Rule #2 of this list".
12. And finally, please save your expressions such as "Thank God the World Cup is only every 4 years". I am immune to these words, because before and after this comes the Champions League, Premier League, Italian League, Spanish League, KPL, FAA Cup, Euro Cup, etc.
P/S
By the way if you get stuck on the road call the Police or MAA.
eka says;
Forca PORTUGAL!! & Viva La SPAIN!!
02 June 2010
Does Israel Rule The World??
31 May 2010
Orang Ikhlas Itu Selalu Tertindas?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita begitu juga sebaliknya. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat anugerah dan naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Ketua yang membenarkan ketidakadilan berlaku & kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka dan tidak berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan. Mereka mungkin dibalas dengan suami atau isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”dan jangan membalas menindasan terhadap kita dengan kejahatan tapi balas lah dengan kebaikan dan keihklasan kerana penindasan tersebut akan berbalas jua kiranya tidak di dunia, pembalasan akan tetap tiba di akhirat nanti”.
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas selalu tertindas?
eka says;
Tersentap kejap bila baca artikel ni. So, kesimpulannya buat keje tu biar ikhlas ye adik2. Kalau takde ganjaran pun kat dunia ni, Insya Allah di akhirat nanti pasti ada ganjarannya.
Bila Lelaki Menjadi Dayus???
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah....
-
Dalam kitab sahih bukhari dan muslim ada menyebutkan bahawa dalam sebuah hadis dari Abdullah Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang...
-
BENARKAH ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS? Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan ...
-
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu an...


