28 September 2007

20 September 2007

Lagi Islam Dipersendakan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Thanx to K Farah yg email kan pic ni.

eKa says;

Cam haram kafir laknatullah ni. Macam2 cara diorang nak mempermain2kan agama Islam. Kang kena bom karang...

19 September 2007

Kesilapan Kerap Muslim di bulan Ramadhan

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih .

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.


5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih .

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur .

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)


11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat .

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

eKa says;

Ramai dari pada kita yang berpuasa tp x mendapat apa-apa kecuali letih, lapar & haus. So, sama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ni.

24 August 2007

21 August 2007

Cara-cara menjawab panggilan telefon (tidak digalakkan) :D

1. Pemanggil: Haloo, may I speak to Ina please?
Jawapan: Maap. Sini bukan balai polis.

2. Pemanggil: Haloo, siapa di sana?
Jawapan: Entah. Saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Pemanggil: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap, cakap je ler. Buat ape tanye saya.

4. Pemanggil: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur, ditolak, didarab atau dibahagi je.

5. Pemanggil: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Pemanggil: Haloo Ina, buat ape tu?
Jawapan: Kan saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Pemanggil: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak boleh dihubungi. Talian sedang dalam proses untuk di putus... tima kaceh.

8. Pemanggil: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. Saya sibuk. Maap.
Tut....Tut....Tut....

9. Pemanggil: Halloo......
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

10. Pemanggil: Haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. Kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: Assalammualaikum...
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

eKa says;

Klu aku yg PA ni jawab call cam tu, sok lusa mesti kena buang keje...wakaka!!!

20 August 2007

Jika Bosan Dengan Kehidupan

Seorang pemuda datang mengunjungi gurunya lalu mengatakan,
"Guru, saya sudah bosan hidup. Sudah jenuh betul. Rumahtangga saya
porak peranda. Usaha saya tak menjadi. Apapun yang saya lakukan
selalu berantakan. Saya ingin mati."
Guru dengan tersenyum berkata, "Oh, kamu sakit."
"Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya jenuh dengan
kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati."
Seolah-olah tidak mendengar pembelaannya, Guru meneruskan,
"Kamu sakit. Dan penyakitmu itu sebutannya, 'Alergik Hidup'. Ya,
kamu alergik terhadap kehidupan."
Banyak sekali di antara kita yang alergik terhadap kehidupan.
Kemudian, tanpa disedari kita melakukan perkara yang bertentangan
dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan
mengalir terus, tetapi kita menginginkan status-quo. Kita berhenti di
tempat, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita
mengundang penyakit. Resistensi kita, penolakan kita untuk ikut
mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit.
Yang namanya usaha, pasti ada pasang surutnya. Dalam perkara
berumahtangga, pertengkaran-pertengkaran kecil itu memang wajar,
lumrah. Persahabatan pun tidak selalu selamanya, tidak abadi. Apakah yang
selamanya, yang abadi dalam hidup ini?
Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan
suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.
"Penyakitmu itu dapat disembuhkan, asal kamu ingin sembuh dan
bersedia mengikuti petunjukku." demikian ujar pak guru.
"Tidak guru, tidak. Saya sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak
ingin hidup." pemuda itu menolak tawaran pak guru.
"Jadi kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati?"
"Ya, memang saya sudah bosan hidup."
"Baik, besok petang kamu akan mati. Ambillah botol obat ini.
Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi di minum esok
jam enam petang dan jam delapan malam kau akan mati dengan
tenang."
Giliran dia menjadi bingung. Setiap guru yang dia datangi selama ini
selalu berupaya untuk memberikannya semangat untuk hidup. Yang
satu ini aneh. Ia bahkan menawarkan racun. Tetapi, kerana dia
memang sudah betul-betul jenuh, dia menerimanya dengan senang
hati. Pulang kerumah, dia langsung menghabiskan setengah botol
racun yang disebut "obat" oleh guru tadi. Dan, dia merasakan
ketenangan sebagaimana tidak pernah dia rasakan sebelumnya.
Begitu rileks, begitu tenang! Tinggal 1 malam, 1 hari, dan dia akan
mati. Dia akan bebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia
memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di sebuah restoran.
Sesuatu yang sudah tidak pernah dia lakukan sejak beberapa tahun
kebelakangan ini.
Oleh kerana ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah
kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya
amat mendamaikan! Sebelum tidur, dia mengucup bibir isterinya dan
membisik di telinganya, "Sayang, aku mencintaimu."
Kerana malam ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan
sebuah kenangan manis!
Esoknya; bangun tidur dia membuka jendela bilik dan melihat ke luar.
Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk
melakukan jalan pagi. Pulang kerumah setengah jam kemudian, dia
menemukan isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia
masuk ke dapur dan membuat 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu
lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin
meninggalkan kenangan sebuah manis!
Isterinya yang merasakan sesuatu kelainan, berkata dalam hati
"Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku, sayang."
Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap
orang. Pekerjanya menjadi bingung, "Hari ini, Boss kita ganjil ya?"
Dan sikap mereka pun langsung berubah. Mereka pun menjadi lembut.
Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah
kenangan manis!
Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah
dan lebih toleran, bahkan apresiatif terhadap pendapat-pendapat
yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mula menikmatinya.
Pulang kerumah jam 5 petang, dia menemukan isteri tercinta
menungguinya di beranda depan. Kali ini justeru isteri yang
memberikan ciuman kepadanya sambil berkata,
"Abang, sekali lagi saya minta maaf, kalau selama ini saya selalu
menyusahkan abang."
Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua.
Selama ini, ayah selalu stress kerana perilaku kami."
Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali.
Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah.
Dia membatalkan niatnya untuk membunuh diri.
Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum, petang semalam?
Dia pergi bertemu dengan gurunya lagi.
Apabila melihat raut wajah pemuda itu, rupanya guru langsung
mengetahui apa yang telah terjadi,
"Buang sahaja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila
kau hidup dalam kekinian, apabila kau hidup dengan kesedaran
bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila sahaja, maka kau akan
menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu,
kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah
bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh, tidak akan bosan.
Kau akan merasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci
kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan."
Dia mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan guru, lalu
pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya.
Konon, dia masih mengalir terus.
Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia
selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP!
Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi
merupakan suatu anugerah untuk dinikmati
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu,
Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu,
dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

eKa says;

The happiest of people don't necessarily have the best of everything they just make the most of everything that comes along their way. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

16 August 2007

Amalan-amalan sunat di bulan Syaaban

Syaaban ertinya berserak-serak. Ketika ini masyarakat arab pada zaman dahulu akan berserak-serak mencari air di dalam bulan ini kerana pada bulan ini daerah mereka akan mengalami alam kekeringan yakni kekurangan air. Pada bulan ini terjadinya NISFU SYAABAN di mana Alalh akan menurunkan rahmatNya pada hamba-hambaNya dengan membuka 300 pintu rahmat. Setiap amalan akan diangkat
pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w. bersabda "Lakukanlah amalan yang mampu oleh kamu kerana sesungguhnya Allah tidak pernah jemu sehingga kamu sendiri yang berasa jemu.? (Hadis HR. Bukhari)

KELEBIHAN BERPUASA DI DALAM BULAN SYAABAN;-

1) Sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam bulan Syaaban akan diampunkan dosanya.
2) Mereka yang berpuasa pada hari khamis pertama dan khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan ke dalam syurga
3) Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk Syurga.
4) Mereka yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban dan berselawat ke atas nabi S.A.W. sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.
5) Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebelum Syaaban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul maut, terlepas dari seksa kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari kiamat dan diwajibkan baginya syurga.

AMALAN-AMALAN MULIA YANG PATUT DIKERJAKAN DI BULAN
SYAABAN

1) Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban selepas solat Isyak ataupun bersama solat sunat Qiamullail. (15hb Syaaban)
2) Perbanyakkan istighfar, berselawat pada nabi dan berzikir serta bertasbih sepanjang bulan Syaaban.
3) Perbanyakkan sedekah atau zakat pada golongan yang tidak bernasib baik bagi memberi mereka kekuatan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
4) Amalkan membaca Al-quran bersungguh-sungguh di awal bulan Syaaban.

Ya Allah, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Allah kami,
perkenankan doaku.

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu?
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (Al-Quran) dan dirirkanlah solat.
Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya
mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain.) Dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan.

eKa says;

Artikel sempena bulan Syaaban - Rugi rasanya kalau kita melepaskan peluang beribadat terutamanya berpuasa dalam bulan Syaaban ni. Lihat sajelah pada ganjaran2 yg dijanjikan oleh Allah terutamanya ganjaran bagi orang2 yang berpuasa tu. Aku pun tengah berusaha untuk merebut ganjaran2 tu. Insya Allah, x dapat banyak sedikit pun akan aku usahakan.

Bila Lelaki Menjadi Dayus???

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah....