Cerita mengisahkan seorang tua yang tinggal bersama cucu lelakinya.
Setiap hari orang tua tersebut bangun pagi dan duduk dekat perapian membaca Al-Quran.
Si cucu ingin menjadi seperti datuknya dan cuba menirunya seperti yang disaksikannya setiap hari.
Suatu hari dia bertanya pada datuknya:
"Datuk, aku cuba untuk membaca Al-Quran sepertimu tapi aku tetap tak boleh memahaminya, dan walaupun ada sedikit yang aku faham segera aku lupa sebaik saja aku selesai membaca dan menutupnya. Jadi, apa gunanya membaca Al-Quran jika tak memahami maksudnya?"
Si datuk dengan tenang menjawab pertanyaan cucunya.
"Cubalah ambil bakul ini dan bawa ke sungai, dan bawakan aku kembali dengan sebakul air.
Anak itu melakukan seperti yang diarahkan datuknya, tetapi semua air yang dibawa habis sebelum dia sempat sampai ke rumah. Datuknya tertawa dan berkata "Kamu harus berusaha lebih cepat lain kali."
Datuk itu meminta cucunya untuk kembali ke sungai bersama bakulnya untuk mencuba lagi. Kali ini anak itu berlari lebih cepat, tapi lagi-lagi bakulnya kosong sebelum sampai di rumah. Dengan termengah-mengah dia mengatakan kepada datuknya, tidak mungkin dia dapat membawakan datuknya sebakul air lalu dia pergi untuk mencari sebuah baldi untuk mengganti
bakulnya. Datuknya mengatakan, "Aku tidak mahu sebaldi air, aku mahu sebakul air. Kamu harus mencuba lebih keras lagi." Dia pergi ke luar untuk menyaksikan cucunya mencuba lagi.
Pada saat itu, anak itu tahu bahawa hal ini tidak mungkin, tapi dia ingin menunjukkan kepada datuknya bahawa meskipun dia berlari secepat mungkin, air tetap akan habis sebelum dia sampai di rumah. Anak itu kembali mengambil /mencelupkan bakulnya ke sungai dan
kemudian berusaha berlari secepat mungkin, tapi ketika sampai di depan datuknya, bakul itu kosong lagi.
Dengan termengah-mengah, dia berkata,"Datuk, ini tidak ada gunanya. Sia-sia saja .
Datuknya menjawab, "Nak, mengapa kamu fikir ini tidak ada gunanya ? Cuba kamu lihat dan perhatikan baik-baik bakul itu. Cucunya memerhatikan bakulnya dan baru dia
sedar bahawa bakul itu nampak sangat berbeza. Bakul itu telah berubah dari sebuah bakul yang
kotor, dan sekarang menjadi sebuah bakul yang bersih luar dan dalam.
"Cucuku, apa yang terjadi ketika kamu membaca Qur'an?Boleh jadi kamu tidak mengerti ataupun tak memahaminya sama sekali, tapi, ketika kamu membacanya, tanpa kamu sedar,
kamu akan berubah, luar dan dalam iaitu rohani dan kelakuan kamu. Itulah pekerjaan Allah dalam mengubah kehidupan kamu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bila Lelaki Menjadi Dayus???
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah....
-
Rokok mengandungi 67,980 jenis vitamin. Disebabkan terlalu banyak vitamin, ia dicemburui lalu dikatakan berbahaya- Pipiyapong . Sila lihat ...
-
Valentine’s asal nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di ...
-
Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi): Seramai 16 orang kakitangan JAWI , JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis L...
No comments:
Post a Comment