Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri serta
buat iktibar kita semua dan para suami/lelaki, renung2 kan lah.
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin kamu semua tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membandingkan kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa zaman bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sediakan sarapan utk suami, memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan, suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung dan dia nampaknya biasa saja dan tidak pernah menegur apa yang kurangnya tentang penampilan saya. Dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya. Kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks. Bila saya bersemuka dengan suami saya dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan dengan dengan gadis tersebut. Apa kurangnya saya? Dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. Saya menjaga makan minumnya, membantu kewangan, mengurus rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj. Tiada rangsangan lagi bila melihat saya. Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap serta fashion yang menarik. Sedangkan saya, walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja. Kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak. Rambut pula kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya. Bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak2. Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, karier, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, dan sebagainya. Jadi, dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana, pertama, memang saya dilahirkan begini. Kedua, saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri. Ketiga, saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya. Walau bagaimana baik kita menjaga dia, tetapi dia masih mementingkan fizikal dan jauh di sudut hati masih ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga bila berjalan bersama.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap. Saya menghadiri slimming session dan membelanjakan separuh dari duit untuk kecantikan. Bukan untk lelaki, tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Biarlah saya pendek dan sedikit tembam, tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
Pendapat Saya, penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat untuk kita berseronok-seronok seperti zaman bercinta. Jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Perkahwinan juga tempat kita diuji dengan pelbagai ujian. Maka, bersabarlah dan bertindaklah dengan bijak dan penuh hikmah. Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak seperti ini, fikirkanlah betapa besarnya pengorbanan seorang isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seorang isteri itu sebagai hiasan untuk anda dan jadikanlah kelemahan seorang isteri itu sebagai tanggungjawab utk anda memperbaikinya.
eka says;
Perkahwinan itu 1 ibadah juga untuk menyempurnakan agama dan sunnah Rasulullah. Berserah kepada Allah. Insya Allah semua akan menjadi indah. Amin!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bila Lelaki Menjadi Dayus???
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah....
-
Rokok mengandungi 67,980 jenis vitamin. Disebabkan terlalu banyak vitamin, ia dicemburui lalu dikatakan berbahaya- Pipiyapong . Sila lihat ...
-
Valentine’s asal nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di ...
-
Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi): Seramai 16 orang kakitangan JAWI , JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis L...
No comments:
Post a Comment