Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita itu dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita yang kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa?
Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang menganggap hidung yang mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang menganggap rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik tapi ada orang suka yang hitam. Ada orang mentafsirkan kecatikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.
Disebuah kawsan terpencil di Utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik ituleher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini. Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika. Cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari masa ke semasa.
Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik atau tampan masalahnya, Cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan kecantikan itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.
2 comments:
mmg betul, setiap orang mempunyai pandangan sendiri tentang kecantikan. yg penting jaga penampilan diri dan juga hindari dari hasad dengki. =))
ni sesuai la ikit ngn kes saya...hahahahahha..pakwe sy member2 sy ckp xhensem..tpi bgi sy,sy rasa dia hensem giler..hehehehehehe...mabuk ngn dia..hahahahah
Post a Comment