14 June 2011

Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan


Terasa berat sekali kaki nak melangkah. Tombol pintu saya pegang. Rasa tangan menggeletar. Saya tahu, lambat laun saya kena hadapi juga semua ni. Malah dari mula lagi saya tahu saya akan melalui saat-saat ini. Cuma saya tak menyangka ia secepat ini. Saya fikir saya dah bersedia. Tapi ternyata saya silap. Ya Allah beri aku kekuatan. Perlahan-lahan pintu saya tolak. 3 pasang mata tertumpu ke arah saya. Ibu dan abah berkalih memberi laluan. Abah menepuk-nepuk bahu saya sebelum keluar. Ibu pula cuba memujuk Mia keluar. Sempat Mia memeluk saya sebelum meninggalkan saya bersendirian dengan ibunya. Lama pelukannya seolah-olah cuba menyalurkan sedikit kekuatan untuk saya. Ternyata anak sekecil itu lebih tabah. Mewarisi sikap ibunya.

Bimbang dia terjaga, saya bergerak perlahan-lahan dan melabuhkan punggung di sisi katil. Seakan merasa kehadiran saya, kelopak matanya dibuka. Saya cuba tersenyum. Pahit. Saya tahu.

“Awak datang juga...” Lemah kedengaran suaranya. Hampir luluh air mata saya mendengar suara itu. Suara yang suatu ketika dulu nyaring berleter kerana saya terlalu sibuk untuk balik makan tengah hari bersama. Berleter kerana saya sering terlupa hari jadinya. Berleter kerana saya memanjakan Mia lebih darinya. Apakah selepas ini saya akan terus-terusan dapat mendengar suara itu?

“ I miss you.” Saya kucup tangannya. Dia senyum.

“Bila saya sakit baru awak jadi romantik.” Dia ketawa. Betapa saya rindu ketawa itu. Saya ingin terus menikmati saat ini. Menikmati ketawanya yang selalu saya rindu. Tuhan....aku cinta sangat pada dia.

“Awak sayang saya?” soalnya tiba-tiba.

“Always...” Tangan saya mengelus rambutnya. Rambut yang dulunya lebat beralun semakin menipis. Kalaulah saya boleh menggantikan tempatnya. Saya rela. Sakit hati saya melihat dia terbaring lemah di situ.

“I’m sorry. I never thought it happen too fast. If only I knew...

“I love you.”Potong saya. “You are the best thing that ever happen in my life. Being with you is like having every single one of my wishes come true. Kalau diberi 10 kali peluang untuk memilih, saya tetap akan pilih awak tak kira macam mana keadaan awak masa tu.” I was in love with her. So deeply in love that I didn’t care if she was sick.

“Marah ke?”

“Sorry. Teremosional sekejap.” Kami sama-sama ketawa. Ada banyak lagi perkara yang saya ingin ketawa bersama dia. Argh...masa betul-betul cemburu dengan kebahagiaan kami. Terasa baru semalam kami berjumpa.....bercinta.

**********

“What If I’m a flower?” Permainan yang dia cipta. Untuk menguji cinta saya katanya.

“Saya akan siram awak hari-hari supaya awak terus mekar, berkembang dan tak layu.” Jawab saya.

“Kalau saya jadi belon?”

“Saya akan ikat awak supaya awak tak terbang tinggalkan saya.” Dia tersenyum mendengar jawapan saya.

“Kalau saya jadi langit?” Terus-terusan dia menguji saya.

“Saya akan...

“Nope.”Dia terus potong cakap saya. “ Saya akan ikut awak ke mana saja awak pergi. So, whenever you look at the sky, you know I always there. Watching you…..”

“Erk...seram nya...”balas saya. Dia ketawa.

“So, bila awak tengok langit cerah, itu tandanya saya tengah gembira. Bila langit mendung, meaning...saya tengah bersedih dan bila hari hujan, pasti waktu tu saya tengah menangis.”sambungnya.

“Then, kalau guruh berdentum dan kilat petir menyambar....?

“Maybe waktu tu saya marah kat awak & tengah mengamuk. So, you better watch out.” Kami sama-sama tergelak.

Indahnya saat itu.

“Awak nak saya happy tak?” Tanya saya. Waktu tu dia ditahan di wad entah buat kali ke berapa.

“Of course I do.”

“Will you do something for me then?”

“I don’t know. Can I?”

“If you could, would you?”

“Yes. I Would.” Jawabnya yakin.

“Marry me??”

**********

Saya bersyukur kerana memilih untuk mengahwininya. Saya tahu saya akan menyesal jika tidak memilih jalan itu. Walau sekejap, kami bahagia. Saya tahu dia bahagia. Itu yang sering dia ungkapkan pada saya.

“Sayang...”

“Yup.”

“Masa kita sekejap sangat kan?” Seolah-olah dia tahu apa yang saya fikirkan.

“What do you mean? “

“You know what I mean.” Potongnya.

Saya cuba kuatkan semangat. Genggaman tangan saya semakin erat. Tolong Tuhan. Jangan ambil dia.

“Jaga Mia untuk saya.” Sayu suaranya. Jari-jemarinya mengusap pipi saya.

“Be strong for me, for Mia, and for u.”

“I will.” Bergetar suaraku. Dia tersenyum lega seolah-olah separuh dari bebannya telah dilepaskan.

“Saya letih sangat.” Adunya.

“You better go back to sleep.” Saya menarik selimut menutupi hampir seluruh badannya.

“Promise you’ll never leave me?” Dia menggenggam erat tanganku.

“Never.” Dahinya saya kucup. Gugur juga air mata saya akhirnya. Dia tersenyum sebelum perlahan-lahan menutup mata. Dan dia tidak bangun-bangun lagi selepas itu.

**********

Petang itu sambil memimpin tangan Mia, saya memandang ke arah langit yang cerah. Seperti katanya, mungkin dia sedang gembira di sana. Semoga rohnya aman dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin. Semoga kisah kami menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan. Untuk Mia. Al Fatiha.


Fakta SLE:

  • SLE (Sistem Lupus Eritematisus) adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh
  • Badan pesakit SLE akan mengeluarkan antibodi yang akan memusnahkan sel badannya sendiri. Ini akan mengakibatkan organ-organ tubuh seperti buah pinggang, otak, paru-paru, jantung, kulit,sendi dan sistem darah menjadi rosak
  • Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak
  • Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun
  • Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan
  • Penyakit ini boleh juga melibatkan kanak-kanak dan kerap menimpa orang-orang Asia berbanding dengan orang Barat
  • Sehingga kini, tiada ubat dan kajian mendalam bagi menangani SLE. Simptomnya yang menyerupai simptom penyakit lain turut menyebabkan pesakit tersalah diagnosis. Jadi, tidak pelik walaupun SLE sudah dikenali dalam dunia perubatan sejak 1800, ubat-ubatan mengawal SLE masih 'dipinjam' daripada penyakit lain
  • SLE sukar dikesan. Simptom utamanya sakit sendi, keletihan, ruam kulit dan demam sama seperti kebanyakan penyakit biasa. Keadaan itu menyebabkan pesakit menerima rawatan bagi penyakit yang tidak mereka alami. Buat masa ini pesakit lupus tidak dapat diubati dan mungkin boleh membawa maut
Care For Lupus. Your Caring Saves Lives.

No comments:

Bila Lelaki Menjadi Dayus???

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah....