Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan
Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita
sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan
sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang
paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud
kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk
kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang
dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang
banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok,
kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat
manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan
Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan
memperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga
pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh
baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku
yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya:
"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai
Rasulullah?"
Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat
seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di
dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
mengenalinya?"
Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah
menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan
putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota
mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"
KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas
sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat
(kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan
malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka
dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di
mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu,
lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan
api neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud.
Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita
berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan
menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bila Lelaki Menjadi Dayus???
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah....
-
Rokok mengandungi 67,980 jenis vitamin. Disebabkan terlalu banyak vitamin, ia dicemburui lalu dikatakan berbahaya- Pipiyapong . Sila lihat ...
-
Valentine’s asal nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di ...
-
Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi): Seramai 16 orang kakitangan JAWI , JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis L...
No comments:
Post a Comment